window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha Aerox 155 dapat seragam Edisi World GP 60th Anniversary di seberang, harga RM 8.7k!

Khairil ยท Oct 10, 2021 02:00 PM

Yamaha Aerox 155 dapat seragam Edisi World GP 60th Anniversary di seberang, harga RM 8.7k! 01

Selepas 'Super moped' hangat Yamaha MX King 150 atau YSuku mendapat 'sentuhan Edisi 60th World GP, giliran skuter popular Yamaha Aerox 155 Connected/ABS mendapat seragam khas berkenaan di Indonesia.

Yamaha Aerox 155 Connected/ABS Edisi World GP 60th Anniversary ini menjadi edisi istimewa kedua yang ditawarkan di pasaan Indonesia selepas edisi Yamaha Aerox 155 Connected/ABS - Edisi MotoGP.

Juga baca: Yamaha 'YSuku' edisi World Grand Prix 60th Anniversary di seberang, 'cun' kalau tiba di Malaysia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha Aerox 155 dapat seragam Edisi World GP 60th Anniversary di seberang, harga RM 8.7k! 01

Dan harganya juga lebih mahal sedikit iaitu Rp 29.9 juta (RM 8,772) berbanding Yamaha Aerox 155 Connected/ABS - Edisi MotoGP yang dijual pada harga Rp 29.5 juta (RM 8,655).

Di Malaysia, penawaran untuk model sama dikenali Yamaha NVX 2021 yang dilancarkan pada April lalu hadir dengan dua varian iaitu Standard dan ABS bersama empat pilhan warna berbeza.

Juga baca: Yamaha NVX 2021 dengan sambungan Y-Connect tiba di Malaysia, dua varian, harga RM 8,998 dan RM 10,998!

Yamaha Aerox 155 dapat seragam Edisi World GP 60th Anniversary di seberang, harga RM 8.7k! 02

Seperti varian Edisi World GP 60th Anniversary yang diperkenalkan Yamaha bagi memperingati ulangtahun penyertaan jenama itu di perlumbaan berkenaan, Yamaha Aerox 155 Edisi World GP 60th Anniversary juga menggunakan skema warna putih dan merah.

Menggunakan warna putih sebagai warna dominan, ia digabungkan dengan corak grafik jalur berwarna merah dikenali 'Speed Block' yang menjadi identiti Yamaha Racing Team dan kuning di beberapa bahagian panel badan selain 'mudguard' merah.

Yamaha Aerox 155 dapat seragam Edisi World GP 60th Anniversary di seberang, harga RM 8.7k! 03

Menurut Yamaha, gabungan warna berkenaan bukan saja menggambarkan karakter dan jiwa kental jenama itu dalam sukan permotoran, namun turut menunjukkan semangat Yamaha di Word GP selama 60 tahun.

Dan ciri-ciri lumba itu ditingkatkan lagi dengan penggunaan rim berwarna emas yang menandakan ratusan kemenangan yang berjaya diraih Yamaha sepanjang penyertaannya di Word GP.

Juga baca: Menarik ke tak? Ini 5 pembaharuan Yamaha NVX 155 VVA 2021!

Tiada perubahan dari sudut mekanikal dan spesifikasi untuk varian istimewa ini.

Dikenali sebagai model skuter dengan 'weight ratio' terbaik dalam kelasnya, ia menggunakan trenkuasa 155 cc, 4 Lejang, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, SOHC, dengan teknologi VVA yang menghasilkan kuasa 15.1 Hp pada 8,000 rpm dan tork 13.9 Nm pada 6,500 rpm.

Yamaha Aerox 155 dapat seragam Edisi World GP 60th Anniversary di seberang, harga RM 8.7k! 04

Sebagai varian teratas dan termahal untuk model berkenaan di pasaran ketika ini, ia dilengkapi pelbagai ciri-ciri menarik yang ditawarkan Yamaha seperti penghidup pintar Smart Motor Generator (SMG), sistem henti-mula Stop Start System (SSS) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan sambungan aplikasi Y-Connect.

Tidak diketahui sama ada varian istimewa seperti ini akan tiba di pasaran Malaysia atau tidak namun jika ditawarkan, ia pastinya memberi perbezaan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda