Selepas pengeluaran jentera 'SuperSport' Yamaha YZF-R6 dihentikan pada tahun lalu, berita mengenai syarikat dari Jepun itu bakal menghasilkan R7 yang berasaskan motosikal 'naked' popular, MT-07 kerap dimainkan media seluruh dunia.
Yamaha menghentikan pengeluaran YZF-R6 berikutan ia tidak mematuhi piawaian emisi Euro 5 selain rekod penjualannya yang tidak meyakinkan.
Justeru, timbul laporan yang menyatakan projek pembangunan model yang mungkin diberi nama Yamaha YZF-R7 sudahpun berjalan sebelum Yamaha memutuskan untuk menamatkan pengeluaran R6.
Sebagai info, Yamaha R6 boleh dianggap sebagai antara jentera bertaraf legenda daripada Yamaha dan pernah merangkul pelbagai kejayaan dalam perlumbaan di peringkat global.
Yamaha MT-07
Bagi YZF-R7, kehadirannya dalam kelas 'Supersports' bakal disambut dengan persaingan daripada model seperti Aprilia RS660 berada Honda CBR650R.
Menurut satu laporan dari luar negara, jika Yamaha benar-benar ingin membangunkan jentera SuperSport berdasarkan platform MT-07, syarikat itu pasti akan mahu menjadikan jentera berkenaan sebagai yang terbaik dalam kelasnya.
Aprilia RS660
Honda CBR650R
Jadi, model yang dikatakan bakal menggunakan enjin CP2, casis, komponen brek dan elektronik berasaskan MT-07 selain suspensi daripada R6 versi lumba itu akan diberi pelbagai penambahbaikkan dan kemaskini.
Enjin CP2 yang digunakan MT-07
Dari sudut tren kuasa, enjin MT-07 bersesaran 689 cc bukan saja mematuhi piawaian Euro 5, malah ketahannya juga sudah terbukti. Begitupun, seperti yang dikatakan sebelum ini, ia juga akan ditala bagi mendapatkan lebih kuasa berbanding 74 Hp yang dihasilkan ketika ini.
Perkara ini jelas memberikan penjimatan kepada syarikat berkenaan berbanding jika mereka perlu membina enjin baharu.
Seandainya projek ini benar-benar menjadi kenyataan, ia pastinya amat dialu-alukan terutama bagi peminat motosikal SuperSport di seluruh dunia.
Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.
Komen