window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha kemaskini penawaran Exciter 155 VVA (Y16ZR) di Vietnam, tambah edisi terhad yang lagi 'menggiurkan'!

Khairil · Sep 7, 2021 05:00 PM

Yamaha kemaskini penawaran Exciter 155 VVA (Y16ZR) di Vietnam, tambah edisi terhad yang lagi 'menggiurkan'! 01

Selaku negara pertama yang diberi 'penghormatan' melancarkan 'Super moped' terbaharu keluaran Yamaha, Exciter 155 VVA, model hangat itu berterusan memperoleh kemaskini di Vietnam menerusi pengeluaran versi edisi terhad.

Juga baca: Enjin 155 cc VVA, 6 gear, 17.7Hp, harga dari RM 8,235, inilah Yamaha Exciter terbaru di Vietnam!

Dilancarkan pada Disember tahun lalu, Yamaha Exciter 155 VVA kemudian tiba di pasaran Malaysia pada Mac lalu namun diberi nama berbeza, Yamaha Y16ZR oleh pengedarnya, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha kemaskini penawaran Exciter 155 VVA (Y16ZR) di Vietnam, tambah edisi terhad yang lagi 'menggiurkan'! 01

60th Anniversary Yamaha World GP Edition (Kiri) dan Monster Energy Yamaha MotoGP Edition

Dan seperti model sebelumnya, Yamaha Y15ZR atau YSuku, Y16ZR tampil menjadi model 'Super moped' paling laris dan situasi sama turut berlaku di pasaran Vietnam sekalipun ia dicabar hebat pesaing utamanya, Honda Winner X.

Juga baca: Yamaha Exciter 155 VVA vs Honda Winner X. Susahnya nak buat pilihan!

Yamaha kemaskini penawaran Exciter 155 VVA (Y16ZR) di Vietnam, tambah edisi terhad yang lagi 'menggiurkan'! 02

Born to Ride

Justeru, bagi memastikan momentum itu kekal, Yamaha Vietnam berterusan menjalankan kemas kini menerusi penawaran edisi terhad sekalipun ia hanya daripada sudut kosmetik iaitu pilihan warna dan corak grafik.

Yamaha kemaskini penawaran Exciter 155 VVA (Y16ZR) di Vietnam, tambah edisi terhad yang lagi 'menggiurkan'! 03

Rule the Roads

Tampil dengan corak rekaan yang disasarkan kepada golongan muda, Edisi Terhad Master Art of Street datang dengan empat pilihan warna dan corak grafik menarik seperti berikut: 

  • Born to Ride, Rim merah.
  • Rule the Roads, Rim hitam/ jalur kuning.
  • Ride as the King, Rim hitam/ jalur hijau.
  • Above me only Sky, Rim kuning.

Yamaha kemaskini penawaran Exciter 155 VVA (Y16ZR) di Vietnam, tambah edisi terhad yang lagi 'menggiurkan'! 04

Above me only Sky

Selain Master Art of Street, dua lagi edisi terhad baharu yang ditawarkan ialah 60th Anniversary Yamaha World GP Edition dan Monster Energy Yamaha MotoGP Edition yang lebih ekslusif.

Juga baca: 'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?

Yamaha kemaskini penawaran Exciter 155 VVA (Y16ZR) di Vietnam, tambah edisi terhad yang lagi 'menggiurkan'! 05

Ride as the King

Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Master Art of Street - 51,490,000 VND (RM 9,385)
  • 60th Anniversary Yamaha World GP Edition -  51,990,000 VND (RM 9,476)
  • Monster Energy Yamaha MotoGP Edition - 51,490,000 VDN (RM 9,385) 

Menerusi penambahan edisi terhad ini, Yamaha Exciter 155 VVA 2021 di pasaran Vietnam secara keseluruhan kini mempunyai 11 penawaran pilihan warna, termasuk Yellow Gray yang diperkenalkan dalam bulan Jun lalu.

Yamaha kemaskini penawaran Exciter 155 VVA (Y16ZR) di Vietnam, tambah edisi terhad yang lagi 'menggiurkan'! 06

60th Anniversary Yamaha World GP Edition

Yamaha kemaskini penawaran Exciter 155 VVA (Y16ZR) di Vietnam, tambah edisi terhad yang lagi 'menggiurkan'! 07

Monster Energy Yamaha MotoGP Edition

Tiada perubahan dari sudut spesifikasi mekanikal. Model berkenaan masih dikuasakan enjin 155 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, SOHC, Penyejuk Cecair dengan teknologi VVA.

Yamaha kemaskini penawaran Exciter 155 VVA (Y16ZR) di Vietnam, tambah edisi terhad yang lagi 'menggiurkan'! 08

Born to Ride

Kuasa yang dihamburkan ialah 17.7 Hp pada 9,500 rpm dan tork 14.4 Nm pada 8,000 rpm. Sistem transmisi pula adalah 6-kelajuan klac manual dengan ciri klac Assist & Slipper (A&S).

Yamaha kemaskini penawaran Exciter 155 VVA (Y16ZR) di Vietnam, tambah edisi terhad yang lagi 'menggiurkan'! 09

Rule the Roads

Sistem brek sekalipun tidak memiliki Sistem Brek Anti Kunci (ABS) namun masih efektif menerusi penggunaan brek cakera 2-piston di bahagian roda depan. Ciri-ciri menarik lain adalah panel meter digital dengan lampu LED.

Yamaha kemaskini penawaran Exciter 155 VVA (Y16ZR) di Vietnam, tambah edisi terhad yang lagi 'menggiurkan'! 10

Above me only Sky

Di pasaran Malaysia, situasi semasa Covid-19 menyaksikan operasi kilang HLYM terhenti seketika sekaligus menyaksikan pengeluaran Y16ZR yang dijual pada harga RM 10,888 (asas) turut perlahan.

Juga baca: Tunggang uji ringkas Yamaha Y16ZR 2021 - model baharu, 'Y16' supermoped dalam kelas tersendiri?

Yamaha kemaskini penawaran Exciter 155 VVA (Y16ZR) di Vietnam, tambah edisi terhad yang lagi 'menggiurkan'! 11

Ride as the King

Pilihan warna masih sama iaitu Phantom Grey, Arrow Blue serta Raging Yellow dan tidak diketahui bilakah ia akan mendapat penawaran warna baharu mahupun edisi istimewa.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda