window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha NMax 155 (2023) dikemaskini di seberang, ada warna baharu, harga paling murah RM 8.9k!

Khairil ยท Jan 11, 2023 08:00 PM

Yamaha NMax 155 (2023) dikemaskini di seberang, ada warna baharu, harga paling murah RM 8.9k! 01

Skuter maxi aras mula yang turut popular di pasaran tempatan, Yamaha NMax 155 'disegarkan' bagi versi 2023 di Indonesia, baru-baru ini namun kemas kini yang diberikan hanya membabitkan kemasan 'kosmetik'.

Tiada perubahan dari sudut rekaan mahupun spesfikasi trenkuasa dijalankan dengan kemas kini terbaharu itu hanya membabitkan pilihan warna baharu.

Yamaha NMax 155 (2023) dikemaskini di seberang, ada warna baharu, harga paling murah RM 8.9k! 02

Yamaha NMax 155 (2023) Metallic Blue

Pilihan warna baharu itu adalah Metallic Blue yang menggantikan skema warna Matte Blue.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Yamaha NMax 155 (2022) di Malaysia, dua warna baharu, harga naik RM 9.5k!

Yamaha NMax 155 (2023) dikemaskini di seberang, ada warna baharu, harga paling murah RM 8.9k! 01

Tidak seperti di Malaysia di mana Yamaha NMax 155 (2022) datang dengan satu varian, Yamaha NMax 155 (2023) di Indonesia dijual dalam tiga varian bersama harga berbeza iaitu: 

Yamaha NMax 155 (2023) Standard

  • Pilihan warna: Metallic Blue (Baru), Matte Green, Metallic Red, Matte Black
  • Harga: Rp. 31,615,000 (RM 8,927) OTR Jakarta

Yamaha NMax 155 (2023) Non ABS Connected

  • Pilihan warna: Matte Green, Metallic Red, Silver, Matte Black
  • Harga: Rp. 32,875,000 (RM 9,283) OTR Jakarta

Yamaha NMax (2023) ABS Connected

  • Pilihan warna: Matte Green, Silver, Matte Black
  • Harga: Rp. 35,750,000 (RM 10,096) OTR Jakarta

Yamaha NMax 155 (2023) dikemaskini di seberang, ada warna baharu, harga paling murah RM 8.9k! 02

Mengulas perbezaan antara ketiga-tiga varian, Yamaha NMax (2023) ABS Connected datang dengan segala 'jajan' menarik daripada Yamaha termasuklah sistem sambungan Y-Connect, Sistem Kunci Pintar, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Traksi. 

Varian Yamaha NMax 155 (2023) Non ABS Connected, seperti namanya tidak mempunyai ABS namun memiliki ciri Y-Connect.

Yamaha NMax 155 (2023) dikemaskini di seberang, ada warna baharu, harga paling murah RM 8.9k! 03

Di bahagian trenkuasa dengan Yamaha NMax 155 (2023) ini kekal dengan enjin bersesaran 155 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, VVA, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatik CVT.

Kuasa yang dihasilkan adalah 14.9 Hp pada 8,000 rpm dan tork 14.4 Nm pada 6,000 rpm.

Yamaha NMax 155 (2023) dikemaskini di seberang, ada warna baharu, harga paling murah RM 8.9k! 04

Ciri-ciri menarik lain yang turut dikekalkan termasuklah sistem lampu LED penuh, ruangan simpaan bawah pelana 25 liter, kapasiti tangki bahan api 7.1 liter, suspensi belakang lengkap dengan 'Sub tank', 'Side Stand Switch', 'Stop Smart System' dan panel meter digital LCD.

Yamaha NMax 155 (2023) dikemaskini di seberang, ada warna baharu, harga paling murah RM 8.9k! 05

Sebagai info, Yamaha NMax 155 (2022) di pasaran Malaysia adalah sama seperti versi Standard di pasaran Indonesia.

Yamaha NMax 155 (2023) dikemaskini di seberang, ada warna baharu, harga paling murah RM 8.9k! 06

Jadi adalah versi yang memiliki ciri seperti sambungan Y-Connect, Sistem Kunci Pintar, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Traksi akan datang di pasaran Malaysia? Sama-sama kita nantikan.

Juga baca: Honda ADV 150 vs Yamaha NMax 155 Connected/ABS - mana paling best?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda