window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha XMax 250 2021 dikemaskini di pasaran Jepun, empat pilihan warna, harga RM 24,607!

Khairil ยท Jun 11, 2021 07:00 PM

Yamaha XMax 250 2021 dikemaskini di pasaran Jepun, empat pilihan warna, harga RM 24,607! 01

Jika berbicara mengenai skuter maxi kelas pertengahan antara paling popular di pasaran global, sukar untuk tidak meletakkan Yamaha XMax 250 dalam senarai berkenaan.

Juga baca: Yamaha XMax 250, skuter Maxi eksekutif setaraf harganya

Selain reka bentuknya yang menarik, mungkin juga unik, ia turut dilengkapi pelbagai perkakasan elektronik terkini dan bagi versi 2021, motosikal berkenaan mendapat naik taraf di pasaran Jepun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha XMax 250 2021 dikemaskini di pasaran Jepun, empat pilihan warna, harga RM 24,607! 01

Antara naik taraf yang diberi bagi Yamaha XMax 2021 bagi pasaran negara Matahari Terbit itu ialah dari sudut pencahayaan, pelana yang lebih selesa, set kunci pintar baharu dan juga empat pilihan warna yang menarik.

Juga baca: Yamaha XMax 2021 dapat warna baharu Matte Grey untuk pasaran Indonesia!

Menurut laporan, Yamaha XMax 2021 itu akan tiba di bilik pameran pada 28 Julai ini dan Yamaha Jepun menyasarkan untuk menjual sejumlah 1,300 unit skuter itu setahun di pasaran domestiknya.

Yamaha XMax 250 2021 dikemaskini di pasaran Jepun, empat pilihan warna, harga RM 24,607! 02

Seperti dikatakan, tiada perubahan dari sudut reka bentuk dengan rekaan moden yang dibawa dari versi 2017 ini masih tampak elegan dan relevan.

Yamaha XMax 250 2021 dikemaskini di pasaran Jepun, empat pilihan warna, harga RM 24,607! 03

Matte Bluish Gray Metallic

Begitu juga dengan trenkuasa. Ia masih menggunakan enjin 249 cc, Silinder Tunggal, Penyejuk Cecair, SOHC yang berupaya menghasilkan 22.8 Hp pada 7,000 rpm dan tork 24 Nm pada 5,500 rpm. Sistem transmisi pula adalah V-Belt Automatik.

Yamaha XMax 250 2021 dikemaskini di pasaran Jepun, empat pilihan warna, harga RM 24,607! 04

Matte Dark Gray Metallic

Sistem suspensi juga masih menggunakan unit fork teleskopik di bahagian depan dan absorber swing di bahagian belakang. Brek pula menggunakan cakera tunggal 267 mm di bahagian depan dan 240 mm (belakang) berserta ciri Sistem Keselamatan Anti-Kunci (ABS).

Yamaha XMax 250 2021 dikemaskini di pasaran Jepun, empat pilihan warna, harga RM 24,607! 05

Matte Dark Purplish Blue Metallic

Ciri-ciri menarik XMax adalah seperti penggunaan sistem lampu LED sepenuhnya, kluster instrumen meter digital/analog, Sistem Kawalan Traksi dan soket penyecasan 12V.

Yamaha XMax 250 2021 dikemaskini di pasaran Jepun, empat pilihan warna, harga RM 24,607! 06

Pastel Dark Gray

Untuk harganya pula, ia dijual pada tanda harga ¥ 6,54,500 iaitu kira-kira RM 24,607 mengikut tukaran semasa.

Yamaha XMax 250 2021 dikemaskini di pasaran Jepun, empat pilihan warna, harga RM 24,607! 07

Empat pilihan warna yang ditawarkan ialah Matte Bluish Gray Metallic, Pastel Dark Gray, Matte Dark Purplish Blue Metallic dan Matte Dark Gray Metallic.

Yamaha XMax 250 2021 dikemaskini di pasaran Jepun, empat pilihan warna, harga RM 24,607! 08

Di pasaran Malaysia, Yamaha XMax sememangnya popular dan menjadi pilihan terutama peminat konvoi mahupun kembara berikutan kemampuan dan keselesaanya meredah lebuhraya. Ia dijual pada tanda harga RM 21,500 ketika dilancarkan pada awal tahun lalu.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda