window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2021 BMW G310R dan BMW G310 GS generasi baharu bakal didedah Oktober 2020?

Haris · Oct 2, 2020 10:00 AM

2021 BMW G310R dan BMW G310 GS generasi baharu bakal didedah Oktober 2020? 01

BMW Motorrad India dilaporkan sudah mula mengambil pra tempahan bagi 2 model generasi baharu BMW G310R dan BMW G310 GS. Tiada sebarang maklumat yang diberikan namun pengamal media menjangkakan kedua-dua model tersebut dijangka akan dilancarkan pada bulan Oktober 2020.

2021 BMW G310R dan BMW G310 GS generasi baharu bakal didedah Oktober 2020? 02

BMW G310 GS. Sumber: RideApart

Berikutan daripada gambar intipan yang tular pada bulan April 2020, pengamal media telah menimbulkan spekulasi mengenai kehadiran motosikal ini dalam tahun yang sama. Kemaskini yang dijangkakan pada 2021 BMW G310R dan BMW G310 GS adalah kemaskini kosmetik dan trenkuasa bagi mematuhi piawaian pelepasan karbon Eropah dan India.

2021 BMW G310R dan BMW G310 GS generasi baharu bakal didedah Oktober 2020? 03

BMW G310R. Sumber: RideApart

Berdasarkan intipan, kemaskini kosmetik yang diterima adalah rekaan seragam baharu, kemaskini rekaan lampu hadapan yang lebih tajam dengan pencahayaan LED. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2021 BMW G310R dan BMW G310 GS generasi baharu bakal didedah Oktober 2020? 01

BMW G310S. Sumber: BMW Motorrad

Bagi kemaskini trenkuasa pula, talaan kecil dijangka akan dilakukan pada bahagian enjin dan ekzos atas sebab yang dinyatakan sebentar tadi.

Kedua-dua model BMW G310R dan BMW G310 GS berkongsi enjin satu silinder sama yang bersesaran 313 cc sejukan cecair. Enjin ini mampu menjana sebanyak 34.5 PS kuasa kuda dan 28 Nm tork.

2021 BMW G310R dan BMW G310 GS generasi baharu bakal didedah Oktober 2020? 02

BMW G310R. Sumber: BMW Motorrad

‘Baby Beemers’ tersebut merupakan usahasama BMW dengan TVS Motor Company dalam usaha menangkap pasaran motosikal bertaraf pengenalan dan pasaran Asia. Selain daripada BMW, Harley Davidson juga melakukan strategi yang sama dengan Harley Davidson 338R.

Bagi pasaran Malaysia, kehadiran model kemaskini ini dijangka akan tiba sekitar tahun 2021 atau awal 2022. 

Sumber: BikeWale

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda