Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik?

Rakyat Malaysia sukakan Mitsubishi. Malaysia mempunyai sejarah yang panjang dengan jenama ini. Tambahan, tanpa Mitsubishi, sedan pertama keluaran Malaysia belum tentu dapat direalisasikan.

Justeru itu, adalah sesuatu yang menyegarkan untuk melihat Mitsubishi Motors Malaysia kembali menawarkan kenderaan di bawah RM 100k. Jadi bagaimana pula dengan prestasi Mitsubishi Xpander 2020? Ini ulasan kami.

Rekaan luar - Bukan sekadar estetika

Rekaan Mitsubishi Xpander adalah keseinambungan daripada rekaan Dynamic Shield. Ia juga boleh ditemui pada Mitsubishi Triton

Lampu DRL terletak pada bahagian atas manakala lampu utama hadapan terletak pada bahagian bawah. Terdapat juga fender pada bahagian bawah ‘dagu’ Xpander ini.

Bergerak ke bahagian sisi, terdapat garisan badan yang ketara dengan jarak kelegaan tanah sebanyak 205 mm. Bumbungnya pula direka ala-ala floating roof, seperti yang terdapat pada Proton X50.

Pada bahagian belakang, Mitsubishi Xpander menggunakan lampu LED dengan rekaan L yang futuristik. Keseluruhan rekaan Mitsubishi Xpander tampak seimbang dan gagah, hasil daripada bentuk dan garisan badan crossover ini.

Jika anda risau mengenai jarak kelegaan tanah Mitsubishi Xpander 2020, berikut adalah sedikit pandangan visual dan perbandingan dengan pesaing yang lain.

Jarak kelegaan tanah
Mitsubishi Xpander 205 mm
Honda BR-V 200 mm
Perodua Aruz 220 mm

Rekaan dalaman - Luas dan praktikal

Untuk membayangkan betapa besarnya Mitsubishi Xpander dengan mudah, terdapat 18 ruang pemegang cawan dalam crossover ini. Kereta biasa mungkin mempunyai sekitar 6 - 8 pemegang cawan paling banyak.

Bukan ruang sahaja yang menjadi taruhan Mitsubishi Xpander, aspek keselesaan juga tidak dikompromi. 

Hal ini kerana, Mitsubishi Motors Malaysia melengkapkan Mitsubishi Xpander dengan peredam bunyi yang banyak. Terdapat peredam bunyi pada bahagian bumbung dan juga tinted cermin depan akustik yang mengurangkan bunyi bising.

Bumbung dan tinted yang membantu meredam bunyi

Meter desibel kami mencatatkan sebanyak 58 dB ketika Xpander dipandu pada kelajuan 60 km/j, manakala ia meningkat ke 68 dB pada kelajuan 110 km/j. Angka di bawah 70 dB adalah baik manakala pesaingnya rata-rata mencatatkan angka atas 70 dB pada kelajuan yang sama.

Perincian kecil aspek praktikaliti seperti poket di sisi konsol tengah ini

Bagi aspek praktikaliti ruang dalaman pula, Mitsubishi Xpander memang terbaik dan telah banyak kami ulas sebelum ini. Untuk bacaan lanjut, ikuti topik di bawah.

Kualiti pemanduan dan kendalian - Tiada masalah underpower

Dengar sahaja enjin 1.5 liter pada Mitsubishi Xpander, ramai yang membangkitkan soal lelah kuasa (under power). 

Sebenarnya, Mitsubishi Xpander mempunyai nisbah kuasa - berat yang mencukupi dalam kelasnya. Kata kunci di sini adalah ‘cukup’ kerana Mitsubishi Xpander langsung tidak terasa lelah kuasa ketika dipandu uji.

Perbandingan spesifikasi enjin
Model Mitsubishi Xpander 2020 Honda BR-V 2020 Perodua Aruz / Toyota Rush 2020
Enjin 1.5 liter NA 1.5 liter NA 1.5 liter NA
Kuasa Kuda (PS) 105 PS  120 PS  101 PS 
Tork (Nm) 141 Nm  145 Nm  133 Nm 
Berat 1,250 kg 1,269 kg 1,310 kg

Transmisi 4 kelajuan sedikit lambat ketika pedal ditekan tetapi ia tetap lancar. Ia tampak sebagai suatu pilihan yang paling selamat untuk digunakan dalam keadaan kenderaan dipenuhi dengan muatan atau penumpang yang ramai.

Pedal brek juga progresif dengan keadaan kereta yang sedang dihentikan. Langsung tidak tersentak sebelum pedal brek habis ditekan.

Pendek kata, talaan yang dibuat oleh Mitsubishi dalam aspek trenkuasa agak memuaskan. Kami tegaskan sekali lagi, ia mencukupi.

Mitsubishi Xpander telah diuji dalam 3 latar jalan yang berbeza iaitu lebuh raya, jalan kampung dan jalan berbukit, kami dapati bahawa sistem suspensi Mitsubishi Xpander 2020 cukup untuk menempuhi kebanyakan bentuk muka bumi.

Dalam pemanduan lebuh raya, Mitsubishi Xpander memberikan karakter yang lebih santai. Fungsi Cruise Control juga membantu pemanduan jarak jauh. Namun, ketiadaan penyandar lengan pada bahagian konsol tengah terasa sedikit janggal.

Pemanduan jalan kampung juga tidak gagal, malah Mitsubishi Xpander stabil mencengkam permukaan jalan ketika melalui selekoh di jalan sekitar Jelebu yang berliku.

Zoom untuk melihat Mitsubishi Triton di hadapan

Kami dikejutkan dengan permukaan jalan yang berbukit-bukit sebelum tiba ke destinasi Hooton Retreat. Jalan tersebut jelas kelihatan hanya boleh dilalui dengan mountain bike dan trak pikap Mitsubishi Triton

Mitsubishi Xpander 2020 mampu menelusur jauh ke dalam kawasan yang mencabar

Lebih baik lagi, jarak kelegaan tanah pada Mitsubishi Xpander ini cukup untuk menakluki latar jalan yang berbukit. Malah, ia melakukannya dengan begitu selesa, talaan suspensi tidak terlalu keras kerana langsung tidak terhentak dan tidak terlalu lembut sehingga terasa berbuai.

Penggunaan minyak

Mitsubishi Xpander mencatatkan penggunaan minyak sebanyak 9.0 liter / 100 km. Ini merangkumi ujian pecutan 0-100 km/j kami yang standard justeru jangkakan penggunaan yang lebih rendah sekiranya anda memandu dengan lebih berhemah.

Kesimpulan

Kekuatan Mitsubishi Xpander adalah pada pemanduan dan kendaliannya. Tidak keterlaluan jika kami katakan, ini antara kenderaan yang patut memenangi Anugerah Kereta Terbaik tahun 2020 ini (undi di sini).

Model modifikasi oleh Mitsubishi dipertontonkan

Mitsubishi Xpander diposisikan sebagai crossover, jarak kelegaan tanah yang sesuai, ruang tempat duduk belakang yang mampu memuatkan orang dewasa dan aspek trenkuasa yang mencukupi. Anda tidak akan gagal dalam memilih crossover ini.

Kekurangan Mitsubishi Xpander adalah kekurangan 2 beg udara namun Mitsubishi Motors Malaysia cuba untuk memberikan tambahan kelengkapan keselamatan aktif seperti dashcam terbina dalam, amaran rehat (rest reminder), sistem bantuan brek kecemasan (BAS) dan kamera pelbagai sudut.

Pada harga RM 91,369, ia memang sebuah kenderaan 7 penumpang yang sangat disyorkan bagi pembeli prospek. Jangkakan giliran menunggu yang panjang kerana ia agak laris!

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Mitsubishi Xpander

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

Test Driving & Buying A Mitsubishi From My Home!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 Review in Malaysia, See Why I Prefer It Over the BR-V & Rush!!

2020 Mitsubishi Xpander Facelift Closer Look in Malaysia, The Highest Spec in ASEAN!

Top 5 New SUVs Coming to Malaysia, Kia Seltos, Nissan Kicks, Toyota RAV4, Xpander & GLA | WapCar

Closer Look: 2020 Mitsubishi Xpander, Super Practical 7-Seater SUV!

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Mitsubishi Xpander
Cek Lebih