Mamak Talk
[WapCar Online Event]Share a story of your car with us!
90
Perbezaan yang lebih jelas dapat dilihat berdasarkan jadual berikut:
Perbandingan Harga Mazda CX-3 vs Mazda CX-30 | ||
Model | CX-3 | CX-30 |
2.0G (CBU) | RM 126,829 | RM 144,759 |
2.0G Limited Edition (CBU) | RM 141,329 | - |
2.0G High (CBU) | - | RM 159,109 |
1.8D High (CBU) | - | RM 167,673 |
2.0G AWD High (CBU) | - | RM 170,459 |
Kedua-dua model Mazda ini berkongsi enjin 2.0 liter NA yang sama dengan transmisi automatik 6-kelajuan yang sama. Hanya Mazda CX-30 ditawarkan dalam pilihan enjin tambahan iaitu 1.8 liter Turbo diesel.
Kedua-duanya juga diimport dari Jepun (CBU).
Jika dibandingkan dengan Honda HR-V dalam segmen B yang sama, Mazda CX-3 sebenarnya jauh lebih kompak namun status CBU telah meningkatkan lagi harganya.
Perbandingan Saiz | |||
---|---|---|---|
Model | Mazda CX-3 | Mazda CX-30 | Mazda CX-5 |
Panjang (mm) | 4,275 | 4,395 | 4,550 |
Lebar (mm) | 1,765 | 1,795 | 1,840 |
Tinggi (mm) | 1,535 | 1,540 | 1,675 |
Jarak antara roda (mm) | 2,570 | 2,655 | 2,700 |
Mazda CX-30 sebenarnya diposisikan ditengah-tengah antara Mazda CX-5 (atas) dengan Mazda CX-3 (bawah). Atau dalam erti kata lain, ‘Mazda CX-4’
Walaubagaimanapun, Mazda CX-5 menerima potongan harga yang agak mendadak kerana dipasang di kilang pemasangan Mazda di Kulim. Ini menjadikan harga Mazda CX-5 lebih mudah dicapai lebih ramai pembeli.
Pada setengah pertama tahun kewangan yang berakhir pada April 2021, Bermaz Auto, mendedahkan bahawa ia telah menjual sebanyak 767 unit Mazda CX-30, berbanding 233 unit Mazda CX-3.
Penjualan Mazda CX-3 yang lemah berpunca daripada penjualan kanibalisasi di bawah jenama yang sama iaitu Mazda CX-30.
Walau pun penjualan kanibalisasi berlaku, Bermaz masih mencatatkan pertumbuhan jualan yang positif. Hak ini kerana, gabungan jualan CX-3 dan CX-30 adalah sebanyak 1,000 unit untuk separuh pertama tahun kewangan yang berakhir April 2021.
Jualan ini lebih memberansangkan jika dibandingkan dengan hanya 407 unit Mazda CX-3 sebelum Mazda CX-30 dilancarkan tahun ini.
Permintaan bagi kedua-dua model ini mungkin melebihi jualan. Sukar untuk menjangkakan jumlah sebenar permintaan kerana model berstatus CBU selalunya berasaskan oleh bekalan yang dibekalkan oleh Mazda Jepun.
Nampaknya, dalam julat harga sekitar RM 130K - RM 170k, wang bukanlah faktor utama bagi pembeli prospek. Pembeli dalam julat harga ini mempunyai kuasa membeli yang lebih besar justeru membayar lebih untuk sebuah model yang lebih baik dan terkini.
Hal ini berbeza dengan pembeli kenderaan bawah RM 100k. Pembeli prospek lebih berhati-hati dalam pembelian.
Trend pembelian seperti ini memberikan perspektif yang berbeza dalam cara pengurusan kewangan mengikut kuasa membeli. Adakah anda akan melakukan perkara yang sama jika diberi kemampuan?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Nissan
Forget Perodua D55L, Nissan Kicks is upcoming! The Nissan Kicks will compete with Toyota C-HR, Honda HR-V, Perodua D55L and Mazda CX-3 in the compact crossover segment. This 2020 Nissan Kicks E-Power comes with a 1.2-liter three-cylinder petrol engine, a CVT automatic transmission and an electric motor producing 129hp and 260Nm of torque. How do you guys feel about the car, better than D55L?
11
37
8