Mamak Talk
[WapCar Online Event]Share a story of your car with us!
90
Dongfeng Honda, salah satu diantara dua syarikat rasmi yang mengedar kereta Honda telah memperkenalkan semula nama “Life”, 7 tahun selepas ia dihentikan. Honda Fit generasi keempat serba baru, atau lebih dikenali sebagai Honda Jazz disini mula dijual di China di bawah Dongfeng Honda dengan nama Honda Life.
Sekiranya anda tertanya-tanya, Honda Fit mula dijual di China dengan gril yang berbeza berbanding dengan Fit untuk pasaran Jepun pada bulan Ogos lalu. Tetapi Fit dijual oleh Guangqi Honda (GAC Honda), pengedar lain yang berkait rapat dengan Honda.
China adalah pasaran yang besar dan seperti banyak pengeluar, Honda mempunyai dua rakan usaha sama tempatan - Guangqi Honda dan Dongfeng Honda - masing-masing menjual model yang sedikit berbeza.
Anda boleh menganggap Honda Life sebagai kembar Fit. Hondqa Life adalah wakil Dongfeng Honda yang disasarkan untuk golongan Generasi Z (orang yang dilahirkan selepas 1995) di China.
Kuasa dikatakan berasal dari enjin 1.5 liter i-VTEC (L15B5) yang dipadankan dengan transmisi jenis CVT yang menghasilkan 131 PS dan 155 Nm. Enjin L15B5 adalah unit yang dikeluarkan oleh Dongfeng Honda sendiri.
Dongfeng Honda juga tidak akan menawarkan enjin 1.5 liter i-MMD e: HEV.
Terdapat dua varian yang ditawarkan - salah satunya adalah Fit Crosstar yang kelihatan seperti sebuah SUV (Jepun pun ada model ini) dan Fit standard dengan kit badan sporty.
Berbalik ke negara kita yang tercinta, Honda Jazz generasi keempat tidak akan datang ke Malaysia. Sebaliknya, ia akan digantikan dengan Honda City Hatchback wakil hatchback segmen B untuk Honda.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
8