Tak kira di mana kita berada dan betapa berhati-hatinya kita memandu, pasti akan ada si pemandu lain yang boleh menyebabkan kita terlibat dalam kemalangan. Kalaulah kita semua praktikkan langkah-langkah keselamatan yang menyeluruh sebelum dan semasa memandu, mungkin tak berlaku kemalangan sebegini.
Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat berhampiran Plaza Tol Machap petang semalam, 28 Disember, di mana sebuah lori 10 tan merempuh dua buah lori dan lima buah kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat tersebut.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Kenderaan yang terlibat dikenalpasti sebagai Hyundai Elantra, Volkswagen Tiguan, Naza Citra, Perodua Bezza, dan juga Perodua Alza.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Mohamad Shamin Mohamed Salikin berkata dua jentera bersama 10 orang anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus selepas laporan kecemasan diterima pada pukul 3.46 petang.
Pasukan Keluaran Operasi (PKO) berjaya mengeluarkan pemandu Hyundai Elantra dan penumpang belakang yang tersepit sebelum mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
Mangsa, Wong Fok On dan Chong Wok Choo yang dipercayai pasangan suami isteri, maut di tempat kejadian manakala 14 orang mangsa yang lain termasuk dua kanak-kanak yang cedera ringan berjaya diselamatkan. Dua orang mangsa, seorang lelaki dan seorang lagi wanita dewasa, antaranya cedera parah dan dikejarkan ke hospital.
Walaupun punca sebenar kemalangan tersebut masih dalam siasatan, lori 10 tan yang merempuh 7 kenderaan itu disyaki mengalami kegagalan sistem brek dan gagal memberhentikan kenderaannya di lokasi kejadian.
Sumber berita: Kosmo
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });