window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenapa beg udara kadangkala tak terbuka di dalam kemalangan?

Mersita · Jan 24, 2021 02:00 PM

Kenapa beg udara kadangkala tak terbuka di dalam kemalangan? 01

Letupan bukanlah sesuatu yang baik untuk keselamatan, tapi bagi beg udara di dalam kenderaan, ia mampu menyelamatkan nyawa anda kerana ia adalah kaedah paling pantas untuk mengembungkan beg udara. Hampir kesemua kenderaan baharu di dunia kini didatangkan dengan beg udara dan ini pastinya memberikan kita sedikit keyakinan apabila berada di jalan raya dengan pengguna lain.

Namun, apabila anda dengar kisah beg udara yang tidak terbuka di dalam kemalangan, anda mungkin ragu-ragu dengan tahap keselamatan kereta anda.

Kenapa beg udara kadangkala tak terbuka di dalam kemalangan? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

S: Kenapa beg udara boleh pula tak terbuka?

J: Ini bergantung kepada bagaimana pengesan perlanggaran bagi sistem beg udara itu sendiri berfungsi. Sensor/pengesan ini bertindak balas dengan daya impulsif. Daya impulsif pula ialah perubahan dalam momentum.

Pengesan beg udara hadapan selalunya terletak di ruang enjin.

Kenapa beg udara kadangkala tak terbuka di dalam kemalangan? 01

Pengesan beg udara hadapan ditunjukkan. Gambar: ​​speedkar99

Jika dibuka, ia akan nampak seperti ini. Ia hanyalah satu ‘cam’ dengan litar terbuka.

Kenapa beg udara kadangkala tak terbuka di dalam kemalangan? 02

Satu hayunan daripada ‘cam’ ini melengkapkan litar elektrikalnya. Gambar: speedkar99

Ia cuma perlukan daya impulsif yang mencukupi untuk menghayunkan ‘cam’ ini supaya litar tersebut lengkap dengan sendirinya bagi mengaktifkan beg udara.

Dalam kebanyakan impak rendah dan perlanggaran yang tidak serius, daya impulsif adalah terlalu rendah untuk mengaktifkan beg udara.

S: Tapi, saya dilanggar dengan akan kuat. Kenapa beg udara saya masih tak terbuka?

Kenapa beg udara kadangkala tak terbuka di dalam kemalangan? 03

J: Ada jawapan ringkas bagi persoalan ini – pengesannya berfungsi hanya dalam beberapa arah saja.

Kenapa beg udara kadangkala tak terbuka di dalam kemalangan? 04

Beg udara hadapan tidak terbuka dalam perlanggaran sisi. Gambar: IIHS

Pengesan-pengesannya dipasang pada posisi yang berbeza-beza.

Kenapa beg udara kadangkala tak terbuka di dalam kemalangan? 05

Pengesan bagi beg udara sisi di dalam Mercedes-Benz W204. Gambar: Auto Repair Guys

Daya ke bawah juga tidak akan mengaktifkan beg udara. Inilah yang selalunya terjadi apabila kereta penumpang biasa melanggar belakang trak.

Kereta anda yang tergolek (akibat daripada ‘cornering’ terlalu laju) juga tidak akan mengaktifkan beg udara kereta anda.

Kenapa beg udara kadangkala tak terbuka di dalam kemalangan? 06

Ow

Dilanggar dari belakang juga tidak akan mengaktifkan beg udara anda.

Kenapa beg udara kadangkala tak terbuka di dalam kemalangan? 07

S: Alamak… Macam tak selamat pula. Maksudnya kami tak dilindungi sepenuhnya oleh beg udara?

J: Beg udara direka untuk diaktifkan di dalam perlanggaran serius sahaja. Anda takkan mahu beg udara terbuka dengan sendirinya dalam perlanggaran kecil atau bampar terhentak sedikit. Nanti anda juga yang susah.

Apabila beg udara sudah terbuka, kos pembaikannya agak tinggi – papan pemuka anda retak dan boleh jadi juga, cermin hadapan kereta anda juga boleh pecah atau retak.

Kenapa beg udara kadangkala tak terbuka di dalam kemalangan? 08

Anda boleh lihat sendiri gambar sebenar kesan luka disebabkan oleh beg udara. Seram. Gambar: Wiki How

Dalam senario terburuk yang boleh terjadi, beg udara yang terbuka boleh mengakibatkan luka cecair pada kulit dan kehilangan upaya pendengaran buat sementara waktu (disebabkan oleh letupan).

Perlanggaran kurang daripada 25 km/jam tidak dikira serius.

Kenapa beg udara kadangkala tak terbuka di dalam kemalangan? 09

Ujian perlanggaran hadapan dibuat oleh ASEAN NCAP dijalankan pada 64 km/jam

Beg udara hanyalah komponen bantuan bagi sistem keselamatan kereta anda. Ketika kemalangan berlaku, A-Pillars yang kuat berserta pintu, tali pinggang keledar, ruang kabin yang selamat, dan juga beg udara semuanya  bagi mengekalkan keselamatan anda dan penumpang.

Kenapa beg udara kadangkala tak terbuka di dalam kemalangan? 10

Tapi, selain itu, beg udara anda boleh juga terbuka dalam situasi lain seperti terlanggar lubang jalan, pembahagi jalan, mahupun dari pendaratan selepas lompatan.

S: Bagaimana pula dengan perlanggaran serius dimana beg udara tidak terbuka?

J: Walaupun kebanyakan aduan tentang beg udara yang tidak terbuka adalah disebabkan oleh kemalangan kurang serius, ada beberapa kes-kes malang dimana beg udara gagal berfungsi ketika kemalangan yang benar-benar serius berlaku.

Kenapa beg udara kadangkala tak terbuka di dalam kemalangan? 11

Beg udara hadapan tidak terbuka dalam perlanggaran sisi. Gambar: IIHS

Jika model kereta ada mempunyai kegagalan beg udara, anda mungkin sudahpun dimaklumkan oleh pengilang kereta anda melalui panggilan semula produk yang dihebahkan. Sejurus selepas menerima berita sebegini, anda mesti menghantar kereta anda supaya beg udara tersebut boleh diganti secara percuma.

Rumusan

Walaupun kita sering fikir beg udara seperti bantal lembut yang boleh bantu kurangkan impak pada tubuh badan kita semasa kemalangan berlaku, hakikatnya ia terbuka seperti bom. Beg udara hanyalah sistem bantuan yang selalunya tidak diperlukan ketika perlanggaran tidak serius berlaku.

Kenapa beg udara kadangkala tak terbuka di dalam kemalangan? 12

Walaupun kebanyakannya berfungsi secara efektif, sistem beg udara juga ada batasannya (tahap kepintaran pengesan perlanggaran, pengesan bahaya). Kita juga tidak mengetepikan kemungkinan atau kebarangkalian beg udara yang sebenarnya mengalami kegagalan, dan perkara ini sepatutnya menjadi tanggungjawab pengilang kereta itu sendiri.

Sistem keselamatan pasif seperti beg udara barangkali boleh membantu anda untuk mengurangkan kecederaan, dan ada beberapa tabiat yang boleh diamalkan bagi mengelakkan beg udara daripada membunuh anda. Namun, kemalangan boleh dielakkan dengan lebih baik jika anda amalkan pemanduan selamat terlebih dahulu. Jaga diri!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda