window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Chery Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 CKD akan bermula Jun 2023, rakan kongsi di Malaysia dah setuju!

Haris · Feb 23, 2023 09:00 AM

Chery Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 CKD akan bermula Jun 2023, rakan kongsi di Malaysia dah setuju! 01

Chery berada di landasan tepat untuk kembali ke Malaysia menjelang separuh kedua 2023. Jenama ini akan dilancarkan semula di sini dengan dua model SUV - Chery Tiggo 8 Pro dan Chery Omoda 5. Kedua-dua model akan dipasang secara tempatan (CKD justeru harga dijangka kompetitif berbanding model Toyota, Honda dan Mazda yang setaraf.

Identiti rakan kongsi pemasangan Malaysia masih belum didedahkan tetapi Chery mendedahkan bahawa kilang itu akan mempunyai kapasiti 30,000 unit setahun.

Chery Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 CKD akan bermula Jun 2023, rakan kongsi di Malaysia dah setuju! 02

Naib Presiden Eksekutif Charlie Zhang, Chery International

Charlie Zhang, Naib Presiden Eksekutif Chery International mengesahkan bahawa Chery kini dalam perjanjian dengan rakan kongsi pemasangan tempatan, di mana identitinya akan didedahkan dalam masa terdekat. Zhang berkata sebab utama lawatan terbarunya ke Malaysia adalah kerana negara ini disasarkan untuk menjadi pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) ketiga terbesar Chery.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun Chery masih berahsia mengenai lokasi kilang CKD, desas-desus mengarah kepada Kulim, Kedah - di kilang Inokom milik bersama Sime Darby Motors-Bermaz Auto.

Zhang berkata kedua-dua Chery Tiggo 8 Pro dan Chery Omoda 5 disasarkan untuk memulakan pengeluaran pada akhir Jun 2023, dengan pelancaran pasaran disasarkan pada bulan Julai.

Chery Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 CKD akan bermula Jun 2023, rakan kongsi di Malaysia dah setuju! 01

Chery Tiggo 8 Pro pasaran Malaysia

"Tarikh SOP sasaran (permulaan pengeluaran) ialah akhir Jun ini. Kita sudah menghampiri penghujung Februari. Jadi Mac, April, Mei, Jun – empat bulan. Terdapat sedikit masa dan terdapat banyak kerja yang perlu kita lakukan serentak. Bagaimanapun, itulah tarikh SOP sasaran kami (akhir Jun atau tersedia pada akhir Julai) iaitu dilancarkan pada akhir Julai. 

"Jadi model pertama ialah Tiggo 8 Pro dan Omoda 5," kata Zhang.

Baca: Chery Omoda 5 umum harga bermula bawah RM100k di Indonesia, petanda awal untuk Malaysia juga?

Chery Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 CKD akan bermula Jun 2023, rakan kongsi di Malaysia dah setuju! 02

Kabin dalaman Chery Tiggo 8 Pro menyaingi jenama Jepun yang membosankan

Semasa pelancaran, hanya varian enjin pembakaran biasa akan tersedia tetapi model Tiggo 8 Pro e+ hibrid plug-in dan Omoda 5 varian bateri EV juga dirancang untuk Malaysia tahun depan.

Omoda 5 EV masih belum dilancarkan setakat ini tetapi Zhang berkata pengeluaran akan bermula (di China) pada September tahun ini, dan Malaysia adalah sebahagian daripada pelan eksport.

Bagaimanapun, Omoda 5 EV apabila ia akhirnya dilancarkan di Malaysia, akan menjadi model import sahaja (CBU) kerana kilang tempatan belum bersedia untuk membina model EV bateri lagi.

Chery Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 CKD akan bermula Jun 2023, rakan kongsi di Malaysia dah setuju! 03

Omoda 5 pasaran Malaysia

Chery Tiggo 8 Pro ialah SUV 7-tempat duduk segmen D yang bersaing dengan Hyundai Santa Fe, Kia Sorento, Mazda CX-8, dan Peugeot 5008 – kesemuanya kecuali Peugeot dipasang di kilang Inokom di Kulim. Peugeot 5008 dipasang di kilang PSA Group di Gurun.

Model saingan kompetitif yang lebih luas juga akan merangkumi SUV segmen C dengan 7-tempat duduk seperti Volkswagen Tiguan Allspace. Jangan lupa Proton X90 yang akan datang.

Chery Tiggo 8 Pro pasaran Malaysia akan dikuasakan oleh enjin 4-silinder 2.0 liter turbocaj suntikan langsung yang dipasangkan dengan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan. Enjin menghamburkan 250 PS / 390 Nm, dihantar sama ada ke roda depan atau semua empat roda (AWD), bergantung kepada varian.

Chery Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 CKD akan bermula Jun 2023, rakan kongsi di Malaysia dah setuju! 04

Kabin dalaman Omoda 5'

Chery Omoda 5 pula adalah SUV segmen B yang dikuasakan oleh enjin 4-silinder 1.5 liter turbocaj yang menghasilkan 147 PS dan 230 Nm (spesifikasi Indonesia), dipasangkan dengan transmisi CVT automatik 9 gear maya yang memacu roda hadapan.

Chery juga sangat yakin dengan produk mereka. Melalui program ‘Advanced Warranty’, ia menawarkan jaminan enjin sehingga 10 tahun / 1,000,000 km.

Baca: Chery adalah jenama kereta PERTAMA di Indonesia yang bagi waranti enjin sampai 10 tahun!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Chery Tiggo 8 Pro Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda