Seorang pemandu kereta Proton Persona yang membuat pusingan U secara haram di persimpangan lampu isyarat Taman Bersatu, Rawang, telah mengakibat kecederaan parah kepada penunggang motosikal dari arah pekan Rawang yang sedang menghala pulang ke rumah di Taman Tun Teja, Ahad lepas, kira-kira pukul 4.30 petang.
Terdahulu, tular video berdurasi 21 saat di media sosial memaparkan sebuah motosikal merempuh sebuah kereta yang secara tiba-tiba membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe, “Setibanya di tempat kejadian, secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Persona dari arah bertentangan telah membuat pusingan U.
“Tindakan itu menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan itu di bahagian hadapan kiri,” ujarnya lagi.
Ekoran rempuhan itu, mangsa yang berusia 23 tahun patah kaki kanan serta tangan kiri dan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan susulan.
Pemandu wanita berusia 35 tahun telah berjaya dikesan dan akan dipanggil untuk memberi keterangan secepat mungkin bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber berita: Sinar Harian
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}