77% orang Jepun melihat Honda City Hatchback sebagai pengganti Honda Civic generasi pertama!

Walaupun rakyat Malaysia masih berbelah bagi dengan keputusan Honda untuk menghentikan penjualan Honda Jazz di rantau ini (kecuali Singapura) dan menggantikannya dengan Honda City Hatchback, peminat kereta daripada tanah air Honda sendiri Jepun telah memberikan respon yang positif terhadap hatchback ini.

Dalam tinjauan yang dilakukan oleh Kuruma News, 76.9 peratus pembaca penerbitan Jepun bersetuju bahawa City Hatchback kelihatan seperti pengganti Honda Civic generasi pertama.

Enjin 1.5 liter, varian RSL.

โ€‹Honda Civic generasi FC masih lagi dijual di Jepun, tetapi versi hatchback sahaja. Dengan perubahan trend pembelian kereta yang lebih cenderung kepada minivan dengan pintu gelongsor seperti Freed dan Step WGN, atau SUV seperti HR-V (Vezel), maka Civic bukan lagi hangat di sana.

โ€‹

โ€‹

Model Honda top-2 paling popular di Jepun adalah kereta ‘kei’ Honda N-Series (N-Box, N-One, N-Van) dan juga Honda Jazz (Fit).

Generasi terkini takkan tau apakah kegunaan handel di pintu kereta.

โ€‹Walau bagaimanapun, peminat kereta Jepun masih melihat Civic generasi pertama dengan penuh nostalgia kerana ia mewakili era yang lebih sederhana, ketika kereta lebih murah, dan juga siri perlumbaan Civic 'one-make' di Suzuka (yang memberi inspirasi kepada banyak pelumba haram di jalan).

Civic masih popular di kebanyakkan pasaran luar Jepun, dan ianya lebih laju, walaupun hanya varian 1.5 TC-P sahaja. Tetapi, saiznya makin besar, lebih berat dan jauh lebih mahal. Peminat Jepun tertanya-tanya apakah daya tarikan asal yang ada pada Civic terdahulu hilang pada model generasi terkini.

Juga baca: Honda Civic 2021 serba baru bakal dilancarkan di Filipina, Malaysia seterusnya?

Hatchback yang ringkas dan syok untuk dipandu menurut pembaca Kurumano News kini dimiliki oleh City Hatchback, bukan lagi Civic.

Mungkin juga kerana manusia selalu mahukan apa yang tidak dapat mereka miliki. Oleh kerana City Hatchback tidak dijual di Jepun dan kelihatan sangat berbeza dengan kebanyakkan kereta Jepun yang nampak seperti kotak, City Hatchback mempunyai aura eksotik dan susah untuk dimiliki pada pandangan beberapa orang Jepun.

Beberapa pengguna memberi komen bahawa jika City Hatchback diperkenalkan di Jepun dengan enjin DOHC 1.6 liter aspirasi natural yang menghasilkan 100 PS/liter, ala zaman enjin B16A yang terkenal.

Semestinya, ini semua hanya angan-angan sahaja kerana peraturan emisi semasa dan piawaian ekonomi bahan bakar menjadikan enjin sedemikian mustahil, bahkan di Thailand.

City Hatchback dengan enjin 1.0 liter 3 silinder bercas turbo 122 PS / 173 Nm harus mematuhi peraturan Kerajaan Eco-Car Phase 2 (CO2 kurang dari 100 g/km, penggunaan bahan bakar kurang dari 4 liter/100 km, Standard UNECE) untuk melayakkan Honda mendapat insentif cukai yang dinikmati ketika ini.

'Trademark' Honda Jazz, Ultra Seats (kini digelar ULTR seats) akan ada pada City Hatchback.

โ€‹Di Indonesia, Honda City Hatchback ditawarkan dengan enjin 1.5 liter 4 silinder DOHC yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm. Selain transmisi automatik CVT, Ia juga ditawarkan dengan pilihan 6 kelajuan manual!

Juga baca: Honda City hatchback 2021 dilancarkan di Indonesia - 1.5L, varian RS, ada pilihan manual!

Spesifikasi Honda City Hatchback untuk pasaran Malaysia sepatutnya sama dengan pasaran Indonesia (kecuali transmisi 6 kelajuan manual). Semestinya anda tidak perlu meneka pilihan enjin apa kerana City Hatchback akan menggunakan trenkuasa yang sama dengan model sedan.

Persoalan yang tinggal hanyalah samaada City Hatchback akan mendapat varian e:HEV seperti sedan.

Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda City Hatchback

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2020 Honda City Hatchback Is Coming To Malaysia! Youngster's New Dream Car!

Top 5 New Cars Coming to Malaysia in 2021 - Perodua D55L, Iriz Cross, Corolla Cross & More!

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

Itโ€™s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, itโ€™s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editorโ€™s Choice Award 2022-2023 for โ€˜Pick-up Truck of the Yearโ€™ for the Ranger and โ€˜Car of the Yearโ€™ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant thatโ€™s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. Thatโ€™s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. โ€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Honda City Hatchback
Cek Lebih