window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda City hatchback 2021 dilancarkan di Indonesia - 1.5L, varian RS, ada pilihan manual!

Haris · Mar 4, 2021 02:00 PM

Honda City hatchback 2021 dilancarkan di Indonesia - 1.5L, varian RS, ada pilihan manual! 01

Honda City Hatchback 2020 telah rasmi dilancarkan di Indonesia oleh pengedar rasmi PT Honda Prospect Motor. Hatchback segmen B ini turut memberi petanda pengguguran Honda Jazz dari barisan model Honda yang dijual di Indonesia.

Spesifikasi Honda City Hatchback pasaran Indonesia

Honda City hatchback 2021 dilancarkan di Indonesia - 1.5L, varian RS, ada pilihan manual! 02

Honda City hatchback pasaran Indonesia hadir dengan hanya pilihan enjin 1.5 liter NA sahaja, tanpa sebarang tawaran enjin hybrid mahupun turbo.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai perbandingan, Honda City RS di Malaysia menggunakan enjin hybrid dan Honda City hatchback di Thailand menggunakan enjin 1.0 liter turbo. 

Honda City hatchback 2021 dilancarkan di Indonesia - 1.5L, varian RS, ada pilihan manual! 01

Enjin 1.5 liter L15B DOHC i-VTEC tersebut adalah enjin yang sama digunakan dalam model Honda City pasaran Malaysia. 

Spesifikasi Honda City hatchback pasaran Indonesia
Trenkuasa

4 silinder 1.5 liter NA

121 PS @ 6,600 rpm

145 Nm @ 4,300 rpm

CVT / 6 kelajuan manual

Baca: Honda City RS tidak memerlukan kotak gear, eh?

Honda City hatchback 2021 dilancarkan di Indonesia - 1.5L, varian RS, ada pilihan manual! 02

Transmisi manual tersebut merupakan pilihan yang hanya unik di Indonesia. Malah, pasaran Thailand juga tidak mempunyai transmisi manual dan Honda Malaysia juga dijangka akan menawarkan transmisi automatik sahaja.

Honda City hatchback 2021 dilancarkan di Indonesia - 1.5L, varian RS, ada pilihan manual! 03

Selain dari itu, Honda City hatchback hanya tersedia dalam 1 varian sahaja iaitu varian RS. Ini bermakna ia tampil dengan 1 varian tetapi berbagai pilihan tambahan lain.

Terdapat 6 pilihan warna, iaitu Phoenix Orange Pearl / Rallye Red / Crystal Black Pearl / Lunar Silver Metallic / Platinum White Pearl / Meteoroid Gray Metallic. 

Ciri-ciri Honda City Hatchback

Honda City hatchback 2021 dilancarkan di Indonesia - 1.5L, varian RS, ada pilihan manual! 04

Terdapat juga pilihan aksesori tambahan seperti aerokit yang merangkumi lip depan (dalam warna gentian karbon), diffuser belakang, perincian gelap pusam dan rim 16 inci.

Honda City hatchback 2021 dilancarkan di Indonesia - 1.5L, varian RS, ada pilihan manual! 05

Aksesori aerokit tersebut dibangunkan di pusat pembangunan Honda Research & Development (HRD) di Sakura, Jepun. Pusat ini juga merupakan pusat pembangunan bagi kereta Honda F1.

Honda City hatchback 2021 dilancarkan di Indonesia - 1.5L, varian RS, ada pilihan manual! 06

Honda City hatchback 2021 pasaran Indonesia juga hadir dengan ULTRA Seat. Di sana, ia menggunakan kemasan kombinasi baldu dan kulit dengan sistem infotainment 8-inci.

Baca: Ini tahap praktikaliti Honda ULTRA SEAT!

Honda City hatchback 2021 dilancarkan di Indonesia - 1.5L, varian RS, ada pilihan manual! 07

Tiada kelengkapan Honda Sensing yang ditawarkan. Hanya ciri-ciri keselamatan standard seperti 6 beg udara, pautan ISOFIX dan kawalan kestabilan VSA sahaja yang ditawarkan.

Harga Honda City hatchback pasaran Indonesia masih belum diumumkan.

Pelancaran di Malaysia?

Honda City hatchback 2021 dilancarkan di Indonesia - 1.5L, varian RS, ada pilihan manual! 08

Hampir pasti Honda Malaysia akan melancarkan Honda City hatchback di Malaysia dalam tahun 2021 ini. Model hatchback ini baru sahaja melakukan debut ASEAN di Thailand pada hujung November 2021.

Honda City hatchback 2021 dilancarkan di Indonesia - 1.5L, varian RS, ada pilihan manual! 09

Ia mengambil strategi yang sama dengan duo Toyota Vios - Toyota Yaris. Berkongsi komponen seberapa banyak yang mungkin untuk mengurangkan kos dan akhirnya, menawarkan harga yang lebih kompetitif berbanding pesaingnya.

Honda City hatchback 2021 dilancarkan di Indonesia - 1.5L, varian RS, ada pilihan manual! 10

Tetapi Honda tidak mengambil pendekatan nama berbeza dengan Honda City dan Honda City hatchback. Seperti mana Honda Civic dan Honda Civic hatchback (tidak dijual di Malaysia) ditawarkan. Mampukah Honda City hatchback bersaing dalam pasaran segmen B di Malaysia? Nyatakan pendapat anda di bahagian komen! 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda