Bersempena dengan Annual General Meeting yang diadakan oleh BMW Group, syarikat pengeluar kereta Jerman itu mengumumkan hasrat untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida sebanyak 200 juta tan menjelang tahun 2030.
Untuk mencapai matlamat tersebut, BMW Group akan giat berusaha untuk mengurangkan sisa karbon kenderaan mereka termasuklah melancarkan versi elektrik sepenuhnya untuk BMW 5 Series dan BMW X1.
Menjelang akhir tahun ini, model eletrik sepenuhnya oleh BMW Group bakal terdiri daripada BMW i3, BMW iX3, MINI SE, BMW iX, dan juga BMW i4. BMW turut menjelaskan pelan untuk melancarkan versi elektrik sepenuhnya untuk barisan model yang sedia ada. Perancangan ini akan bermula dengan model 5 Series dan X1.
Antara model lain yang disebutkan juga ialah BMW 7 Series dan MINI Countryman generasi seterusnya.
Kalau anda nak tahu, syarikat ini mensasarkan bahawa kenderaan elektrik mereka akan merangkumi 50 peratus daripada jualan globalnya menjelang tahun 2030.
Buat masa ini, BMW 5 Series ditawarkan dengan varian hibrid plug-in (PHEV). Ia belum lagi varian elektrik sepenuhnya. Pada masa yang sama, BMW turut komited dalam mengetengahkan daya kuasa elektrik kepada versi M untuk model i4, seperti yang diiklankan pada minggu lepas.
Juga baca: Mengapa gril hadapan BMW kini hangat diperkatakan?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}