9 kereta dengan lampu kembar paling ikonik – Celica, E-Class, BMW, dan banyak lagi!

Selain lampu kereta jenis 'pop-up', lampu kembar juga adalah antara ciptaan yang unik. Dengan beransurnya teknologi yang lebih canggih seperti LED, sentuhan yang hangat pada era 90-an ini semakin pupus.

 Proton Waja pun gunakan lampu kembar.

Asalnya, lampu kembar dihasilkan untuk menempatkan lampu tinggi. Tetapi dengan teknologi yang semakin canggih, lampu biasa dan lampu tinggi dapat digabungkan kepada satu unit. Begitu juga dengan teknologi lampu adaptif yang mana ia kini digantikan dengan LED.

Juga bacaLampu Halogen vs. LED: Mana satu lebih bagus?

Menariknya, lampu kembar menampilkan unsur estetik yang menawan untuk dilihat. Tanpa melengahkan masa, inilah 9 ikon lampu kembar yang paling diingati sepanjang zaman.

1. Alfa Romeo Alfetta

Walaupun namanya tidak sepelik Ferrari LaFerrari, Alfa Romeo Alfetta sebenarnya membawa maksud “bayi Alfa”.

Dari jauh, Alfetta yang ditawarkan dengan badan sedan 4 pintu dan fastback 2 pintu dapat dicam melalui gril segi tiga yang berada di antara sepasang lampu kembar.

Disebabkan terlalu menawan, Alfa Romeo Alfetta diambil sebagai kereta James Bond untuk filem Octopussy. Oleh kerana digilai ramai, sentuhan lampu kembar dibawa semula pada Alfa Romeo GTV yang dikeluarkan pada tahun 1990.

2. BMW tahun 80-an

Kalau anda perasan, BMW mempunyai elemen reka bentuk yang tersendiri. Antaranya seperti gril kidney (buah pinggang) dan lekuk Hofmeister di tiang C. Tetapi ciri BMW yang paling ikonik sebenarnya ialah lampu kembarnya.

Reka bentuk tahun 80-an.

Untuk maklumat anda, tahun 80-an merupakan kemuncak reka bentuk lampu kembar BMW. Kesemua model BMW ketika itu yang hanya terdiri dari 3 Series, 5 Series, 6 Series, dan 7 Series menggunakan lampu kembar.

Yang mana satukah 3, 5, 6 & 7 Series?

Malah, 3 Series generasi E30 yang sering menjadi sebutan juga berada dalam era yang sama.

3. Buick Riviera 1965 – 1969

Rakyat Malaysia tidak begitu meminati kereta Amerika kecualilah muscle car. Bercakap mengenai muscle car, Buick Riviera tidak berapa mengghairahkan walaupun dengan enjin V8. Menariknya, ia tampil dengan lampu kembar yang cukup mengancam.

Untuk pengetahuan anda, Buick Riviera generasi pertama (1965 -1966) dan kedua (1966 – 1969) menerapkan elemen lampu kembar yang tersorok.

Untuk generasi pertama, lampu kembar Buick Riviera mempunyai perumah yang akan buka apabila lampu dinyalakan. Generasi kedua pula menggunakan mekanisma pada unit lampu itu sendiri yang mana keseluruhan lampu akan disorok apabila tidak dinyalakan. Gempak kan?

4. Cizeta-Moroder V16T

Jentera Cizeta-Moroder V16T ini adalah hasil apabila penerbit musik yang terkenal dalam penghasilan gelombang musik sintetik digabungkan dengan sekumpulan bekas pekerja Lamborghini yang tidak berpuas hati dengan majikan yang terdahulu.

Reka bentuk kereta ini dicipta oleh Marcello Gandini yang mana beliau juga merupakan pereka Lamborghini Diablo. Tetapi apa yang membezakannya dengan Diablo ialah lampu kembar jenis pop-up!

Malangnya, produksi V16T yang terhad hampir buatkan orang ramai lupa akan legenda di tahun 80-an ini. Kalau anda nak tahu, kereta yang berharga $850,000 (sekitar RM 3.5 juta) ini hanya dihasilkan sebanyak 12 unit sahaja.

5. Honda Integra

Pada awalnya, lampu kembar Honda Integra sebenarnya mengundang sedikit kontroversi.

Sewaktu diperkenalkan pada tahun 1993, ia seringkali digelar sebagai “spider eyes”. Namun begitu, sentuhan lampu ini hanya dikeluarkan sehingga tahun 1995 sahaja. Selepas itu, ia digantikan dengan lampu melintang yang lebih konvensional.

Uniknya, pasaran antarabangsa cukup gemar dengan lampu kembar tersebut. Malah, Honda Integra versi Type R untuk pasaran global ketika itu turut dikekalkan dengan sentuhan lampu kembar.

6. Mercedes-Benz E-Class

Lampu kembar telah menjadi identiti Mercedes-Benz E-Class sejak generasi W210 lagi. Di Malaysia, Mercedes-Benz W210 digelar sebagai “Mercedes mata belalang”.

Namun apabila elemen ini digugurkan pada E-Class facelift generasi W212, pelbagai pihak meluahkan rasa kecewa kerana sentuhan tersebut cukup sebati dengan kereta eksekutif ini.

Walaupun unsur tersebut beransur sehingga ke E-Class W213 pra-facelift, impaknya tetap tidak sama. Disebabkan itu, elemen tersebut digugurkan sepenuhnya pada model facelift, begitu juga dengan tiang kemegahan ‘hood ornament’ yang cukup ikonik pada kereta Mercedes-Benz.

Juga bacaMercedes-Benz Malaysia sahkan tiada lagi ‘hood ornament’ di bonet depan, eksklusif untuk S-Class sahaja!

7. Mitsuoka Orochi

Walau tidak begitu cantik, Mitsuoka Orochi sebenarnya cukup bergaya. Malah, ia mendapat gelaran “Fashion Super Car” semata-mata sebab lampu kembarnya.

Diinspirasikan oleh naga fiksyen Yamata no Orochi yang berkepala 8, supercar ini mempunyai wajah yang agak menakutkan tetapi ini cukup unik.

Tidak kisahlah kalau Mitsuoka Orochi dikira hodoh ataupun menakutkan sekalipun, lampu kembarnya tetap menghasilkan satu personaliti, sama seperti ular dalam cerita Jungle Book.

8. Nissan Cefiro A31

Antara kereta biasa yang paling cantik pernah ada di pasaran Malaysia ialah Nissan Cefiro generasi pertama. Sedan ini juga dianggap antara model Nissan yang paling canggih ketika itu.

Juga bacaKereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia

Reka bentuk futuristik yang diketengahkan turut dilengkapkan sekali dengan lampu yang canggih. Untuk maklumat anda, Cefiro A31 adalah antara model Nissan terawal yang datang dengan lampu automatik. Malah, lampu tersebut adalah jenis projektor.

Lampu yang mempunyai elemen kembar ini mempunyai 3 suluhan. Yang paling di luar adalah lampu suluhan biasa. Yang di tengah pula adalah untuk suluhan tinggi dan yang paling dekat dengan gril pula berfungsi sebagai lampu kabus.

9. Toyota Celica

Walaupun Toyota Celica generasi keenam terkenal dengan lampu kembarnya, elemen tersebut sebenarnya ada sejak model pertama lagi.

Toyota Celica generasi pertama.

Disebabkan trend, sentuhan lampu kembar turut beransur pada Celica generasi kedua. Generasi ketiga pula mengenakan teknologi pop-up yang mana ia satu kehangatan ketika itu.

Apabila tibanya Celica generasi keenam, sentuhan lampu kembar dikembalikan semula sebagai unsur nostalgia. Menariknya, pesaing seperti Hyundai Coupe dan Honda Integra ketika itu turut hadir dengan lampu kembar.

Bonus: Nissan Skyline GT-R

Senarai legenda kereta yang berlampu kembar tidak akan lengkap tanpa Nissan GT-R.

Atas: GT-R Hakosuka, Bawah: GT-R Kenmeri.

Mula dilihat pada Skyline Hakosuka, sentuhan lampu kembar pada Nissan Skyline GT-R sebenarnya beransur pada setiap generasi sehingga ke R35 yang ada sekarang. Tidak cukup dengan itu, Nissan Skyline varian biasa sehingga generasi R34 turut hadir dengan elemen ini.

Jadi, inilah 9 kereta yang paling terkenal dengan lampu kembarnya.

Dengan kereta moden yang cuba menerapkan unsur ikonik, wajarkah sentuhan estetik seperti lampu kembar dikembalikan semula?

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

BMW 3 Series

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2020 BMW M340i 3.0 xDrive Review in Malaysia, A Baby Toyota Supra But There's 1 Problem...

2020 G20 BMW 320i Sport Review in Malaysia, How Does It Compare To The C-Class?

2022 Mercedes-Benz E200 Review in Malaysia, Should You Top Up RM50k for the AMG Line?

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

BMW 3 Series
Cek Lebih