window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz Malaysia sahkan tiada lagi ‘hood ornament’ di bonet depan, eksklusif untuk S-Class sahaja!

Faisal · Apr 28, 2021 09:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz Malaysia sahkan tiada lagi ‘hood ornament’ di bonet depan, eksklusif untuk S-Class sahaja! 01

Terlalu pakcik makcik untuk citarasa zaman sekarang?

Minggu lepas, Mercedes-Benz di China baru sahaja perkenalkan C-Class generasi W206 dengan jarak roda yang panjang. Menariknya, ia hadir dengan ciri hood ornament. Hal ini disebabkan oleh C-Class di China yang sering dianggap sebagai sesuatu yang tradisional dan klasik.

Juga bacaMercedes-Benz C-Class L 2021 diperkenalkan – lagi mewah daripada BMW 330 Li!

Mercedes-Benz Malaysia sahkan tiada lagi ‘hood ornament’ di bonet depan, eksklusif untuk S-Class sahaja! 02

C-Class L yang eksklusif untuk pasaran China tampil dengan ciri hood ornament.

Adakah pilihan ini ditawarkan untuk pasaran Asia yang lain?

Menurut Naib Presiden Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, pelanggan di Malaysia menggemari rupa paras yang lebih sporty (logo di gril).

Mercedes-Benz Malaysia sahkan tiada lagi ‘hood ornament’ di bonet depan, eksklusif untuk S-Class sahaja! 03

Untuk maklumat anda, perkara ini sudahpun diketengahkan pada C-Class generasi W205 facelift yang ada di pasaran kita sekarang. Kalau anda perasan, kedua-dua C200 dan C300 hadir dengan trim AMG Line yang mempunyai logo Mercedes di gril.

Sebelum ini, C-Class W205 Exclusive Line dilengkapkan dengan hood ornament tetapi pada tahun 2018, varian itu digugurkan dari pasaran Malaysia.

Mercedes-Benz Malaysia sahkan tiada lagi ‘hood ornament’ di bonet depan, eksklusif untuk S-Class sahaja! 04

C-Class W205 pra-facelift turut ditawarkan dengan varian yang ada hood ornnament.

Dalam erti kata lain, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sudah mula menggugurkan hood ornament untuk kesemua model, kecuali S-Class.

Perkara ini sebenarnya sudah diketengahkan oleh mereka sejak pelancaran C-Class generasi W204 lagi.

Mercedes-Benz Malaysia sahkan tiada lagi ‘hood ornament’ di bonet depan, eksklusif untuk S-Class sahaja! 05

Hood ornament untuk E-Class masih ditawarkan tetapi model facelift nanti akan hadir tanpanya.

Mengenai E- Class pula, pembeli masih dapat memilih diantara trim Avantgarde, AMG Line dan Exclusive Line. Seperti yang dijangka, varian AMG Line adalah yang paling laris diantara ketiga-tiga trim tersebut.

Mercedes-Benz Malaysia sahkan tiada lagi ‘hood ornament’ di bonet depan, eksklusif untuk S-Class sahaja! 06

E 350 AMG adalah E-Class yang paling laris di Malaysia.

Namun begitu, S-Class akan tetap kekal dengan ciri hood ornament. Walaupun dahulunya pembeli idamkan rupa paras S-Class pada kereta yang lebih kecil, nampaknya kini zaman sudah berubah.

Mercedes-Benz Malaysia sahkan tiada lagi ‘hood ornament’ di bonet depan, eksklusif untuk S-Class sahaja! 07

S-Class W223 / V223 serba baru, stereng untuk keempat-empat roda beb!

Bila C-Class serba baru nak masuk Malaysia?

Mercedes-Benz C-Class generasi W206 baru sahaja mulakan jualan di Eropah pada bulan lepas. Debut untuk pasaran pandu belah kanan sekalipun belum lagi dirasmikan.

Mercedes-Benz Malaysia sahkan tiada lagi ‘hood ornament’ di bonet depan, eksklusif untuk S-Class sahaja! 08

Sekiranya MBM ikut jejak pasaran antarabangsa Daimler, C-Class sepatutnya tiba setelah E-Class facelift dan S-Class serba baharu dilancarkan.

Juga bacaHarga Mercedes-Benz bakal jadi lebih murah di Malaysia - banyak model CKD baru akan tiba!

Pada masa yang sama, kerajaan kita perlukan masa untuk meluluskan harga model pemasangan tempatan (CKD). Di samping itu, pengeluar juga perlu bergelut dengan isu pembekalan semikonduktor yang terhad.

Mercedes-Benz Malaysia sahkan tiada lagi ‘hood ornament’ di bonet depan, eksklusif untuk S-Class sahaja! 09

Hal ini berpunca dari jurutera pelawat yang tidak bebas bergerak untuk menyelia kilang pemasangan dan pengubahsuaian komponen untuk sesuatu produk yang baru seperti C-Class W206. Apapun, isu ini turut dialami oleh pengeluar lain, bukan untuk Mercedes-Benz sahaja.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mercedes-Benz C-Class C 200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda