window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes C-Class C200 & C300 2022 versi CKD diperkenal di M'sia, RM 12k - RM 17k lagi murah!

Faisal · Aug 23, 2022 12:00 PM

Mercedes C-Class C200 & C300 2022 versi CKD diperkenal di M'sia, RM 12k - RM 17k lagi murah! 01

Mercedes-Benz Malaysia sebentar tadi baru sahaja memperkenalkan model pemasangan lokal (CKD di Pekan, Pahang) buat sedan eksekutif kompak mereka iaitu C-Class generasi W206. Sama seperti sebelum ini, ia masih ditawarkan dengan varian C 200 Avantgarde dan C 300 AMG Line, masing-masing pada harga RM 287,888 dan RM 327,888. Secara amnya, model CKD menikmati harga lebih murah berbanding model CBU (termasuk SST) sebelum ini.

Juga bacaMercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k

Perbezaan harga model CBU & CKD (C-Class W206 2022)
Varian CBU CKD
C 200 RM 299,888 RM 287,888 (-RM 12,000)
C 300 RM 344,888 RM 327,888 (-RM 17,000)

Eksterior

Mercedes C-Class C200 & C300 2022 versi CKD diperkenal di M'sia, RM 12k - RM 17k lagi murah! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada bahagian luar, varian C 200 kekal dengan rim 18 inci dan trim Avantgarde. Begitu juga dengan varian C 300 yang mana ia tampil dengan trim AMG Line yang lengkap dengan rim 19 inci.

Mercedes C-Class C200 & C300 2022 versi CKD diperkenal di M'sia, RM 12k - RM 17k lagi murah! 01

Namun begitu, kedua-dua varian masih beransur dengan lampu depan jenis LED High Performance, bukan Digital Light.

Interior

Mercedes C-Class C200 & C300 2022 versi CKD diperkenal di M'sia, RM 12k - RM 17k lagi murah! 02

Beralih pada bahagian dalam, C-Class versi CKD kekal dengan kluster digital 12.3 inci dan infotainment MBUX bersaiz 11.9 inci. Malah, ciri lampu ambient lighting juga tetap ada. Begitu juga dengan fitur bumbung suria panoramik yang ditawarkan eksklusif pada varian C 300.

Mercedes C-Class C200 & C300 2022 versi CKD diperkenal di M'sia, RM 12k - RM 17k lagi murah! 03

Apa yang baru adalah ciri but belakang berkuasanya kini ada fungsi akses tanpa tangan.

Cumanya, ciri penyaman udara 3-zon masih tidak didatangkan.

Trenkuasa

Mercedes C-Class C200 & C300 2022 versi CKD diperkenal di M'sia, RM 12k - RM 17k lagi murah! 04

Secara teknikal, C-Class CKD juga kekal dengan nadi turbo hibrid sederhana (1.5L, 204 PS/300 Nm) buat varian C 200 dan (2.0L, 258 PS/400 Nm) buat varian C 300. Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi automatik 9 kelajuan yang menghantar kuasa ke roda belakang.

Keselamatan

Mercedes C-Class C200 & C300 2022 versi CKD diperkenal di M'sia, RM 12k - RM 17k lagi murah! 05

C-Class versi CKD juga kekal dengan penawaran ADAS seperti:

  • Active Blind Spot Assist
  • Active Lane Keeping Assist
  • Active Brake Assist 

Apa yang baru buat kedua-dua varian adalah ciri Pre-Safe.

Mercedes C-Class C200 & C300 2022 versi CKD diperkenal di M'sia, RM 12k - RM 17k lagi murah! 06

Untuk pembeli yang berminat, bolehlah ke laman rasmi Mercedes-Benz Malaysia di sini atau kunjungi terus ke bilik pameran yang berdekatan.

Juga bacaRebiu: 2022 Mercedes-Benz C-Class (W206) - Lebih selesa berbanding dulu, tapi enjin hibrid macam mana?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mercedes-Benz C-Class C 200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda