window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k

Faisal · Feb 25, 2022 10:45 AM

Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k 01

  • C-Class generasi baharu W206 dilancar di Malaysia
  • Bermula dari RM 288,334
  • Dua varian CBU: C200 & C300

Mercedes-Benz Malaysia sebentar tadi baru sahaja melancarkan C-Class generasi baharu iaitu W206. Sedan eksekutif kompak yang didatangkan sebagai model import (CBU) dari Jerman ini ditawarkan bermula harga RM 288,334 buat varian C 200 dan RM 330,681 buat C 300 (harga atas jalan, tanpa insurans, termasuk 50% diskaun SST, sah sehingga 30 Jun 2022).

Harga Mercedes-Benz C-Class W206 di Malaysia
Varian Harga
C 200 Avantgarde RM 288,334
C 300 AMG Line RM 330,681

Kedua-duanya kini diimport sepenuhnya (CBU), sama ada dari Bremen, Jerman atau London Timur, Afrika Selatan. Kami difahamkan bahawa majoriti unit adalah dari Bremen, Jerman.

Eksterior

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k 01

Pada bahagian luar, C 200 tampil dengan eksterior Avantgarde yang mana ia membawa pendekatan yang lebih enggun. Elemen ini diketengahkan lagi oleh kemasan gril depan jenis menegak. 

Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k 02

Rupa parasnya juga ditonjolkan oleh rim 18 inci yang bereka bentuk 5 bilah.

Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k 03

C 300 pula lengkap dengan eksterior AMG Line yang mengutamakan elemen sporty. Penampilannya turut hadir dengan bingkai gril depan yang ke bawah. Gril ini juga datang dengan kemasan berlian yang penuh dengan logo Mercedes-Benz kecil.

Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k 04

Melengkapi rupa paras C 300 adalah rim AMG 19 inci pelbagai bilah dan di sebaliknya adalah cakera depan yang lebih besar.

Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k 05

Secara amnya, lampu hadapan buat kedua-dua varian menggunakan jenis LED High Performance dengan teknologi High Beam Assist.

Interior

Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k 06

Kabin C 200.

Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k 07

Beralih ke bahagian dalam, kabin C-Class W206, terutama bahagian papan pemuka dan atas pintu diserlahkan dengan bahan kulit Artico. Interior ini juga didominasikan oleh Mercedes-Benz User Experience (MBUX) terkini yang datang dengan kluster instrumen 12.3 inci dan skrin infotainment 11.9 inci.

Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k 08

Antara ciri yang ada termasuklah

  • ambient lighting 64 warna
  • Pengecas tanpa wayar,
  • Android Auto & Apple CarPlay
  • But belakang berkuasa
  • Pelindung sinaran matahari
  • Sistem maklumat tekanan angin tayar

Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k 09

Kabin C 300.

Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k 10

Ciri yang dilengkapkan eksklusif pada varian C 300 pula adalah:

  • Bumbung suria panoramik
  • Roda stereng sport berbalut kulit Nappa
  • Tempat duduk sport
  • Trim ala besi & keluli
  • Kamera 360-darjah
  • Sistem navigasi MBUX jenis augmented reality

Trenkuasa & mekanikal

Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k 11

C 200 datang dengan enjin 1.5L turbo M254 beserta integrated starter-generator (ISG) yang menjana 20 PS dan 200 Nm tork. Trenkuasa mild hybrid 48V ini menghasilkan 204 PS dan 300 Nm tork. C 300 pula hadir dengan teknologi sama tetapi berkapasiti 2.0L. Varian ini menghembuskan 258 PS dan 400 Nm tork.

Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k 12

Kuasa dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik 9 kelajuan 9G-Tronic. Pecutan 0 - 100 km/j buat C 200 mengambil masa selama 7.3 saat, manakala C 300 menyelesaikannya dalam masa 6 saat tepat

Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k 13

Secara teknikal, C-Class generasi W206 mempunyai ciri stereng belakang yang mana sudutnya boleh berubah sehingga 2.5 darjah mengikut pemanduan. Namun begitu, ciri ini tidak didatangkan untuk pasaran Malaysia. Kalau anda nak tahu, sistem stereng 4 roda ini juga tidak ditawarkan pada abang sulungnya sendiri iaitu S-Class S580e.

Juga bacaSAH: Harga Mercedes-Benz S-Class W223 2022 di Malaysia bermula dari RM 698,744

Dari segi suspensi, kedua-dua varian menggunakan sistem pasif jenis adaptif.

Keselamatan

Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancar di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k 14

Kedua-dua varian C-Class W206 hadir dengan sistem bantuan keselamatan autonomi ADAS yang merangkumi:

  • Active Blind Spot Assist (BSM)
  • Active Lane Keeping Assist (LKA)
  • Active Brake Assist (AEB)
  • Active Parking Assist dengan Parktronic

Juga baca

Mercedes-Benz C-Class (W206) 2021 dirasmikan – tiada lagi 'hood ornament', enjin 4 silinder sahaja!

Mercedes-Benz C-Class W206 vs BMW 3 Series G20 – pujaan hati mana yang anda pilih?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mercedes-Benz C-Class C 200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda