window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz C-Class (W206) CKD yang lebih murah akan menyusul, patutkah anda tunggu?

Haris · Mar 1, 2022 10:00 AM

Mercedes-Benz C-Class (W206) CKD yang lebih murah akan menyusul, patutkah anda tunggu? 01

  • C-Class CKD akan menyusul 6-9 bulan lagi
  • Akan dilancarkan separuh ke-2 2022
  • Pengurangan harga tak banyak berbanding dulu, diskaun cukai jualan tamat selepas 30-Jun 2022

Mercedes-Benz C-Class generasi W206 serba baharu 2022 baru sahaja dilancarkan di Malaysia, dengan harga antara RM 288,334 hingga RM 330,681, diimport (CBU) sama ada dari kilang Mercedes-Benz di Bremen, Jerman atau East London, Afrika Selatan.

Baca: Mercedes-Benz C-Class W206 2022 dilancarkan di Malaysia – C200 & C300, dari RM 288k

Mercedes-Benz C-Class (W206) CKD yang lebih murah akan menyusul, patutkah anda tunggu? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti mana-mana model CBU Mercedes-Benz kumpulan awal, sambutan sangat menggalakkan dan menurut sesetengah pengedar, apa sahaja unit di dalam inventori yang mereka ada kini dijual dengan pantas.

Mengikut sejarah, model Mercedes-Benz dengan permintaan tinggi biasanya dilancarkan dahulu sebagai model CBU, dengan varian pemasangan tempatan (CKD) berharga lebih rendah akan menyusul kemudian.

Mercedes-Benz C-Class (W206) CKD yang lebih murah akan menyusul, patutkah anda tunggu? 01

Dengan model C-Class generasi sebelumnya (W205), tempoh masa antara pengenalan model CBU hinggalah CKD ialah sekitar 7 bulan.

Mercedes-Benz Malaysia telah mengesahkan bahawa tempoh masa yang lebih kurang sama diperlukan untuk menyediakan kilang Mercedes di Pekan, Pahang untuk menghasilkan C-Class W206, justeru model C-Class pemasangan tempatan CKD akan dilancarkan pada separuh kedua 2022.

Baca: Teknologi 'mild-hybrid' pernah 'gagal' di Malaysia, ada peluang ke Mercedes C200 EQ Boost MHEV?

Mercedes-Benz C-Class (W206) CKD yang lebih murah akan menyusul, patutkah anda tunggu? 02

Ini juga bermakna bahawa penurunan harga tidak akan begitu ketara seperti sebelum ini, kerana model CBU sekarang sudah menikmati diskaun 50 peratus cukai jualan (bersamaan 5 peratus SST), sah sehingga 30-Jun 2022.

Apabila varian C-Class CKD dilancarkan kelak pada separuh ke-2 2022, cukai jualan 10 peratus sepenuhnya akan dikenakan.

Mercedes-Benz C-Class (W206) CKD yang lebih murah akan menyusul, patutkah anda tunggu? 03

Dalam C-Class generasi sebelumnya (W205), varian CKD lebih murah daripada CBU sekitar 5 peratus (kira-kira RM 15,000 hingga RM 16,000 lebih murah, bergantung pada varian).

Sebaik sahaja anda mengambil kira cukai jualan 5 peratus lebih tinggi selepas 30-Jun 2022, perbezaan harga untuk C-Class CKD generasi W206 mungkin kurang daripada RM 10k.

Mengambil contoh seperti yang dilakukan pada model Mercedes-Benz A250 CKD yang kehilangan brek cakera hadapan gerudi silang seperti yang dimiliki oleh model CBU, penurunan spesifikasi juga dijangkakan untuk model C-Class CKD yang akan datang tersebut. 

Baca: Rebiu: Mercedes-Benz A200 Sedan (CKD), berbaloi ke beli Mercedes-Benz paling murah?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mercedes-Benz C-Class C 200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda