window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lampu LED vs halogen – yang mana lebih baik ketika cuaca buruk?

Faisal · Jan 9, 2021 02:00 PM

Lampu LED vs halogen – yang mana lebih baik ketika cuaca buruk? 01

Dengan teknologi yang semakin maju, agak tidak munasabah untuk bandingkan lampu halogen dengan lampu LED. Walau bagaimanapun, kebanyakan kereta biasa masih didatangkan dengan lampu jenis halogen. Oleh yang demikian, wajarlah sekiranya persoalan ini tertimbul di fikiran ramai.

Lampu LED vs halogen – yang mana lebih baik ketika cuaca buruk? 02

Seperi yang pernah kami kupaskan, sekiranya anda hendak menukar mentol halogen kepada mentol LED, mentol tersebut perlulah mengikuti spesifikasi yang sama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lampu LED vs halogen – yang mana lebih baik ketika cuaca buruk? 01

Namun begitu, sesetengah pihak berpendapat bahawa lampu halogen lebib baik daripada lampu LED ketika cuaca buruk (hujan/kabus).

Sejauh manakah kebenaran ini? Mari kami kupaskan dengan lebih lanjut.

Lampu LED lebih terang daripada lampu halogen kan?

Sememangnya betul. Malah ia menggunakan tenaga yang lebih rendah untuk menghasilkan cahaya yang lebih terang.

Lampu LED vs halogen – yang mana lebih baik ketika cuaca buruk? 02

Adalah suluhan lampu LED lebih jauh daripada lampu halogen?

Perkara ini sebenarnya bergantung pada tembusan udara. Tidak kiralah apa jenis sekalipun, cahaya bergerak tanpa had sekiranya tiada permukaan yang menghalangnya. Keterangan cahaya berkurangan apabila jarak semakin jauh. Perkara ini disebabkan oleh zarah di dalam udara.

Titisan air juga boleh membiaskan cahaya dimana ia boleh mengurangkan keberkesanan suluhan tersebut.

Untuk penglihatan yang baik, anda memerlukan suluhan cahaya yang boleh menembus dengan baik.

Jadi, apa yang menghasilkan tembusan cahaya yang baik?

Perkara ini bergantung kuat terhadap gelombang (wavelength). Semakin panjang gelombang cahaya, semakin sukar ia untuk dibiaskan.

Untuk maklumat anda, lampu panas (kuning) mempunyai gelombang yang lebih panjang berbanding lampu sejuk (biru).

Lampu LED vs halogen – yang mana lebih baik ketika cuaca buruk? 03

Dalam erti kata lain, lampu kuning menembus udara dengan lebih baik daripada lampu biru. Lampu merah pula mempunyai gelombang yang terpanjang. Disebabkan itulah ia digunakan sebagai lampu brek di belakang.

Di dalam video ini, anda boleh lihat perbezaan prestasi diantara warna lampu ketika cuaca berkabus.

Sekiranya anda lihat di lajuran “Diff. in %”, bacaan penurunan lux adalah paling rendah buat lampu kuning/panas. Perkara ini bermaksud ia boleh menembus udara dengan lebih baik.

Lampu LED vs halogen – yang mana lebih baik ketika cuaca buruk? 04

Malah lampu LED yang berwarna kuning boleh menembus udara dengan lebih baik daripada warna putih.

Memandangkan lampu halogen berwarna kuning, sesetengah pihak menganggap bahawa ia lebih berkesan ketika cuaca buruk.

Sebenarnya, antara faktor lain yang memainkan peranan pencahayaan ialah jenis sumber cahaya.

Lampu LED vs halogen – yang mana lebih baik ketika cuaca buruk? 05

Bagaimana ia memberi kesan terhadap tembusan cahaya?

Apa yang kami maksudkan disini ialah lampu jenis projektor atau reflector (pemantul). Kedua-dua jenis ini digunakan oleh lampu LED dan halogen.

Lampu LED vs halogen – yang mana lebih baik ketika cuaca buruk? 06

Untuk maklumat anda, lampu jenis projektor mempunyai suluhan yang lebih tepat dimana ia memberikan penglihatan yang lebih baik.

Jadi, ia tiada kena-mengena dengan “halogen vs LED”?

Hakikatnya, perkara ini lebih kepada warna dan jenis sumber cahaya oleh lampu kereta anda. Seperti kupasan kami sebelum ini, menukar mentol halogen OEM kepada mentol LED yang salah boleh mengurangkan keberkesanan terhadap penglihatan. Malah ia boleh menjadi silau sehingga membahayakan pengguna jalan raya.

Lampu LED vs halogen – yang mana lebih baik ketika cuaca buruk? 07

Tetapi lampu LED lebih terang kan?

Tidak dinafikan sama sekali. Disebabkan inilah teknologi moden menggunakan lampu jenis LED.

Adakah lampu LED lebih silau?

Mengenai perkara ini, ia lebih kepada padanan perumah lampu dengan jenis sumber cahaya yang sesuai. Di samping itu, alignment lampu kereta yang sudah lari juga boleh kelihatan silau buat pengguna jalan raya yang lain.

Sekali lagi, perkara ini tiada mengira sama ada lampu jenis LED ataupun halogen.

Lampu LED vs halogen – yang mana lebih baik ketika cuaca buruk? 08

Untuk pengetahuan anda, lampu kereta premium yang moden mempunyai teknologi adaptif yang meningkatkan keberkesanan penglihatan tanpa membutakan penggguna jalan raya.

Konklusi

Lampu LED vs halogen – yang mana lebih baik ketika cuaca buruk? 09

Secara keseluruhan, warna lampu dan jenis sumber cahaya memainkan perasan yang besar buat keberkesanan penglihatan ketika cuaca buruk. Tidak dinafikan bahawa lampu LED lebih terang dan menggunakan tenaga yang lebih rendah. Walau apapun, pilihan tertakluk kepada anda. Yang paling penting, pengguna lain tidak berasa silau dengan lampu kereta anda.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda