Perodua
Owner Review: Still an Apple in My Eyes- My Perodua Alza
118
Setelah membuat debut pada tahun 2009, Perodua Alza kini adalah antara kereta paling lama dalam pasaran Malaysia sekarang. Tetapi nampaknya, MPV ini tidak akan beransur lebih lama kerana penggantinya iaitu D27A mungkin dilancarkan seawal akhir tahun ini juga.
Menurut laporan pembekal Perodua sendiri iaitu Sapura Industrial Berhad (SIB), pihak mereka kini sedang giat membangunkan komponen dan peralatan untuk pengganti Perodua Alza. Mereka turut menjelaskan bahawa pelancaran MPV ini dijangka pada akhir tahun 2021.
Juga baca: Daihatsu bakal lancarkan MPV hibrid pada Okt 2021, pengganti Perodua Alza 2022?
Selain itu, SIB juga mengulas bahawa mereka sedang mempersiapkan bekalan untuk Case Differential Assembly oleh Akashi Kikai Industry Malaysia. Menariknya, produksi komponen ini juga disasarkan pada Disember 2021.
Apapun, kelancaran pembekalan ini bergantung pada pelbagai faktor. Salah satunya ialah situasi Covid-19 yang sedang melanda. Sekiranya produksi dapat berjalan dengan lancar, tidak mustahil kalau MPV Perodua yang baru ini dapat dilancarkan pada akhir tahun ini juga.
Juga baca: Adakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021?
Buat masa ini, perincian mengenai pengganti Perodua Alza belum dapat dipastikan. Namun demikian, MPV ini mungkin berasaskan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Malah, ia mungkin dibangunkan sekali sebagai Toyota Avanza baru.
Seperti yang pernah kami laporkan, Avanza generasi seterusnya bakal dibangunkan dengan asas teknologi hibrid sederhana (mild-hybrid). Kalaulah betul teknologi ini dikongsikan, kita mungkin dapat melihat model hibrid Perodua yang pertama melalui ketibaan D27A.
Walau bagaimanapun, hanya masa yang dapat menentukan segalanya. Jadi, ikuti kami untuk perkembangan terkini.
Juga baca: Perodua Alza baharu akan menggunakan teknologi separa hibrid?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
4