window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Adakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021?

Mersita · Aug 26, 2020 03:00 PM

Adakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021? 01

Memandangkan ramai orang menanti-nantikan kedatangan Perodua D55L, ramai yang hampir lupa dengan satu lagi kejutan dari Perodua yang akan datang tak lama lagi.

Kejutan tersebut adalah Perodua Alza generasi seterusnya yang mungkin akan diperkenalkan sekitar hujung tahun 2021 atau awal 2022.

Adakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021? 02

Perodua Alza adalah kereta model paling lama yang masih boleh dibeli baru ketika ini memandangkan model tersebut diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2009.

Adakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam tempoh 11 tahun ia berada di pasaran, Perodua Alza telah diberi pelbagai naik-taraf. Tapi secara mekanikalnya, tak banyak yang berubah. Ia masih lagi dikuasakan dengan enjin petrol ‘naturally aspirated’ 1.5 liter yang dipadankan dengan samada transmisi automatik 4 kelajuan atau manual 5 kelajuan.

Kenapa Perodua mengambil masa yang lama untuk memperkenalkan Alza serba baharu?

Adakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021? 01

Faktor paling utama ialah kurang saingan.

Adakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021? 02

Walaupun perkara ini agak mengejutkan, Perodua Alza bukanlah kereta keluarga pertama yang mampu-milik di Malaysia. Sebaliknya ia adalah Proton Exora yang diperkenalkan di Malaysia beberapa bulan sebelum Alza.

Tapi, adakah kemunculan Exora mengancam jualan Perodua Alza? Tak semestinya, memandangkan Exora bukannya dalam segmen yang sama dengan Alza.

Adakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021? 03

Proton cuba untuk merangkul sedikit bahagian pasaran Alza pada tahun 2016 dengan memperkenalkan Proton Ertiga setelah memasuki satu usaha-sama dengan Suzuki.

Walaupun Proton Ertiga berasaskan Suzuki tersebut berjaya menawan hati sekumpulan peminatnya, model tersebut tidak bertahan lama di pasaran kerana usaha-sama antara Proton dan Suzuki terbatal setelah kemunculan Geely pada tahun 2017.

Adakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021? 04

Oleh itu, Ertiga dihentikan produksinya pada hujung tahun 2019, meletakkan Perodua Alza sebagai MPV paling murah yang boleh dibeli di Malaysia.

Faktor lainnya adalah berkaitan sumber.

Adakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021? 05

Perodua D55L akan berkongsi DNA dengan Daihatsu Rocky/Toyota Raize

Buat masa sekarang, Perodua sedang mengagihkan sumber dalam kerja-kerja pembangunan D55L – SUV segmen B yang akan datang, berdasarkan Toyota Raize/Daihatsu Rocky dari pasaran Jepun. Penghasilan besar-besaran Perodua D55L dijangka akan bermula pada bulan Disember 2020 dan pelancarannya mungkin akan dijalankan sejurus selepas itu, barangkali pada Januari 2021.

Setelah Perodua D55L sampai di pusat-pusat pengedar, Perodua boleh memfokuskan sumber mereka kepada Alza generasi seterusnya pula.

Apa yang kami tahu setakat ini

Adakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021? 06

Toyota Raize dibina di atas platform DNGA

Sama seperti Perodua D55L, model pengganti Perodua Alza yang akan datang besar kemungkinannya akan dibina di atas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang akan diubah-suai untuk pembinaan MPV.

Yang menariknya, Perodua dilihat melakukan beberapa pandu-uji di jalanraya melibatkan MPV, termasuklah Suzuki Ertiga, Mitsubishi Xpander, dan sesuatu yang tampak seperti model baharu yang disamarkan dengan badan Toyota Avanza.

Adakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021? 07

Alza dan Avanza mungkin akan disatukan menjadi satu model baharu

Ini mungkin juga mengukuhkan lagi khabar angin yang mengatakan Perodua sedang berusaha bersama-sama Toyota/Daihatsu dalam penghasilan gabungan Toyota Avanza dan Alza menjadi satu model yang serba baharu. Sama seperti Alza, Toyota Avanza generasi terkini (dan saudaranya iaitu Daihatsu Xenia) telah berada di pasaran sejak hampir sedekad lalu dan model pengganti sepatutnya akan dikeluarkan tak lama lagi.

Adakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021? 08

Kita juga boleh menjangkakan yang MPV akan datang ini akan dilengkapi dengan beberapa naik-taraf keselamatan berbanding Alza yang kita ada sekarang, termasuklah 6 beg udara, kawalan penstabilan, dan juga kelengkapan keselamatan ADAS ASA Perodua.

Bagaimana pula rupa parasnya nanti?

Adakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021? 09

Daihatsu DN Multisix barangkali boleh memberi gambaran tentang Alza generasi seterusnya

Ketika Gaikindo International Auto Show 2017 (2017 GIIAS) berlangsung, Daihatsu menayangkan kereta konsep DN Multisix yang boleh jadi satu paparan awal bagi model pengganti Alza/Avanza baharu.

Adakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021? 10

Tapi, kenapa DN Multisix pula?

Menurut Daihatsu, DN Multisix ialah sebuah MPV pacuan roda hadapan, menunjukkan yang model generasi seterusnya akan menjadi pacuan roda hadapan sahaja. Avanza generasi terkini adalah pacuan roda belakang.

Adakah Perodua Alza DNGA generasi kedua akan diperkenalkan pada 2021? 11

Tambahan pula, jika dilihat pada rekod prestasi Daihatsu, beberapa kereta konsep yang ditayangkan di Jakarta telah masuk ke dalam barisan produksi, termasuklah Daihatsu Alya (Perodua Axia kita), Daihatsu Sigra, Daihatsu Rocky (Perodua D55L, akan datang), dan juga Daihatsu Terios (Perodua Aruz kita).

Oleh itu, tak hairanlah jika Daihatsu DN Multisix Concept boleh berkembang menjadi Toyota Avanza/Perodua Alza generasi seterusnya; memandangkan kereta konsep tersebut tampak hampir-hampir seperti model yang sudah sedia untuk produksi.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda