window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dasar ‘protectionism’ industri automotif perlu dihapuskan, Malaysia ketinggalan - MICCI

Haris · May 28, 2021 10:00 AM

Dasar ‘protectionism’ industri automotif perlu dihapuskan, Malaysia ketinggalan - MICCI 01

Kerajaan dan badan berkaitan sepatutnya bersama-sama dalam membangunkan industri automotif domestik di samping menarik minat pelaburan asing. Antaranya adalah dasar fahaman perlindungan (protectionism) yang membelenggu industri ini sepatutnya ditamatkan.

Dasar ‘protectionism’ industri automotif perlu dihapuskan, Malaysia ketinggalan - MICCI 02

Menurut Malaysian International Chamber Of Commerce & Industry (MICCI), langkah ini perlu bagi meningkatkan mutu dan kualiti jenama domestik supaya gagah bersaing di pentas global manakala jenama automotif luar dapat bersaing secara sihat di Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dasar ‘protectionism’ industri automotif perlu dihapuskan, Malaysia ketinggalan - MICCI 01

“Kurangnya ketelusan dalam sektor automotif domestik mempunyai kesan langsung dalam industri kerana pengeluar tidak dapat mengkaji pasaran dengan jelas dan merancang tawaran produk mereka.” ujar Cheah E-Ling, ahli majlis tertinggi MICCI dalam satu wawancara bersama NST.

"Ada banyak ‘karenah birokrasi’ dalam mendapatkan kelulusan insentif. Selain itu, ada juga keperluan mendesak untuk meningkatkan ketelusan dalam pelan insentif disamping dasar fahaman perlindungan perlu dihapuskan kerana tiada makna menjadi jenama kereta nasional pada saat ini," tambah beliau lagi.

Dasar ‘protectionism’ industri automotif perlu dihapuskan, Malaysia ketinggalan - MICCI 02

Gesaan MICCI untuk ketelusan industri ini mengulangi pendirian Wapcar.my di mana data jualan di Malaysia yang tidak dikongsikan bersama-sama dengan pemain industri adalah suatu alasan regresi industri. Puncanya lebih kompleks berbanding dari apa yang dijangkakan.

Dasar ‘protectionism’ industri automotif perlu dihapuskan, Malaysia ketinggalan - MICCI 03

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah menilai dan meluluskan insentif cukai untuk 13 projek automotif dengan pelaburan sebanyak RM 4.6 bilion dari tahun 2014 hingga kini. Antara jenama yang terlibat adalah Toyota, Honda, Mazda, Geely dan terbaru, Kia.

Dasar ‘protectionism’ industri automotif perlu dihapuskan, Malaysia ketinggalan - MICCI 04

"Persoalannya di sini, adakah jumlah pasaran cukup untuk menampung pelaburan ini? Jumlah pasaran sangat penting untuk pulangan pelaburan (Return On Investment) bahkan pembekal komponen automotif Tahap 1 masih menggunakan teknologi tahun 80-an." ujar beliau untuk aspek pengeluaran nilai tambah (value added manufacturing).

Dasar ‘protectionism’ industri automotif perlu dihapuskan, Malaysia ketinggalan - MICCI 05

"Kedua, adakah terdapat sebarang sokongan perdagangan dua hala untuk eksport untuk meningkatkan jumlah pasaran ini? Apakah pelaburan itu hanya sekadar saranan untuk memenuhi syarat skim insentif?

"Dan akhirnya, adakah rakyat benar-benar mendapat manfaat daripada skim ini ?" tanya beliau lagi.

Dasar ‘protectionism’ industri automotif perlu dihapuskan, Malaysia ketinggalan - MICCI 06

Ada pihak yang berpendapat di mana cukai import yang tinggi ini seimbang kerana Malaysia mempunyai antara harga minyak terendah dan kereta pengenalan (entry level) yang termurah di rantau ini. Dua aspek ini seharusnya mampu memacu industri ke tahap yang lebih tinggi dan bukannya sekadar jaguh harga minyak dan harga kereta jenama domestik sahaja. 

Dasar ‘protectionism’ industri automotif perlu dihapuskan, Malaysia ketinggalan - MICCI 07

Namun seperti biasa rakyat Malaysia dipaksa berpuas hati sahaja agar selamanya terperangkap sebagai negara membangun (middle income income trap).

Bacaan Lanjut:

Ketiadaan data jualan di Malaysia antara punca industri lembam

Tahukah anda, harga Toyota RAV4 sebelum cukai lebih murah berbanding Honda CR-V?

Tanpa cukai, Toyota Corolla Cross 2021 jauh lebih murah dari Proton X70 ‘high spec’!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda