Mazda
I am about to trade-in Mazda 3 pr Honda Civic. Price different, but I really like the look of the Mazda 3...
59
Mazda CX-5 mungkin sekali model massa paling signifikan untuk Mazda. Sebagai buktinya, ia merupakan model pertama yang ditawarkan dengan gabungan rekaan Kodo dan teknologi Skyactiv, 2 rukun yang membentuk Mazda hingga ke hari ini.
Tidak dinafikan, Mazda CX-5 juga merupakan antara model yang melonjakkan nama Mazda menjadi lebih dikenali kerana popular di kalangan rakyat Malaysia. Bercakap mengenai rekaannya, mungkin ramai yang setuju bahawa Mazda CX-5 generasi pertama (KE) ini masih menarik di mata.
Kesinambungan Mazda CX-5 turut dibawa kepada model generasi kedua sekarang yang semakin terkenal di atas jalan raya. Reputasi Mazda CX-5 secara keseluruhannya telah memperlihatkan harga jualan semula yang masih baik dan ini turut mempengaruhi model generasi pertama. Terasa nak beli?
Latarbelakang Mazda CX-5 di Malaysia
Mazda CX-5 generasi KE dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012 sebagai unit CBU. Model CKD pula menyusul pada tahun 2013 dengan beberapa perubahan - tiada bumbung suria, tiada sistem audio keliling BOSE 11 pembesar suara (diganti dengan sistem standard 6 pembesar suara) dan pertambahan varian.
Enjin 2.0 liter NA SkyActiv-G suntikan langsung, adalah satu-satunya trenkuasa yang ditawarkan. Ia mampu menghasilkan sebanyan 157 PS kuasa kuda dan 200 Nm tork untuk model FWD manakala model AWD ditala sekadar 156 PS dan 198 Nm. Kedua-dua dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan SkyActiv-Drive oleh Mazda.
Ada sebab untuk perbezaan kuasa antara AWD vs FWD; Mazda mendakwa ia mengukur kuasa kuda pada roda dan bukan pada enjin. Standard pengeluar kereta lain adalah mengukur angka kuasa pada enjin. Tentunya, angka kuasa yang rendah pada keempat-empat roda lebih baik berbanding angka kuasa pada 2 tayar hadapan sahaja, kan?
Pada tahun 2014, model Mazda CX-5 2.5L Skyactiv-G yang diimport dari Jepun turut diperkenalkan di pasaran Malaysia. Disebabkan ia model CBU, ia mempunyai ciri-ciri model CBU seperti yang disebutkan pada awal perenggan. Model 2.2L diesel Skyactiv-D FWD turut diperkenalkan pada tahun 2016.
Akhir sekali, Mazda CX-5 generasi kedua (KF) telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2017 dengan kesemuanya merupakan unit CKD.
Masalah Mazda CX-5 generasi 1
Untuk masalah pemilik Mazda CX-5 generasi pertama (KE) ini, kami merujuk terus kepada beberapa pemilik Mazda CX-5 model spesifik ini. Secara tuntasnya, ia adalah sebuah model yang jarang bermasalah dan meragam, selain ramai pemilik yang masih berbangga dengan rekaan dan ketahanan SUV ini.
Antara masalah biasa yang dihadapi adalah masalah lower arm. Masalah ini juga boleh merebak menjadi masalah bushing tetapi agak jarang berlaku. Penukaran lower arm adalah sekitar RM 600 - RM 1,000 sebelah manakala bushing boleh mencecah sehingga RM 2,000. Kos ini merujuk kepada anggaran oleh WH Oneplus Auto di Bangi.
Seorang pemilik turut mendakwa bahawa beliau memiliki isu cermin sisi tak dapat dilipat secara automatik dan kadangkala ia berubah-ubah kiri atau kanan. Kos baikpulih cermin sisi ini adalah sekitar RM 300 - RM 500 untuk 1 cermin sisi.
Kebanyakan pemilik Mazda CX-5 generasi KE ini turut menyatakan bahawa model yang digunakan oleh mereka masih bertahan walaupun sudah melepasi jarak perbatuan 100,000 km. Walaubagaimanapun kepada pemilik baharu, jangkakan beberapa masalah komponen yang haus dan longgar seperti tensioner dan V-belt sekiranya sudah tiba jarak perbatuan ini.
Model atau enjin pilihan?
Melihat kepada tawaran Mazda CX-5 di Malaysia, ia memang banyak pilihan yang ditawarkan. Ia merangkumi pilihan pacuan roda FWD dan AWD di samping sesaran enjin dari 2.0L dan 2.5L untuk petrol manakala hanya 2.2 liter untuk diesel. Bagi mereka yang mempunyai sentimen kualiti, model CBU dan CKD juga ada.
Oleh yang demikian, kami merujuk kepada pemilik Mazda sendiri dan model yang lebih popular adalah model Mazda CX-5 2.0 FWD. Ia mempunyai kadar penggunaan minyak yang lebih rendah namun pengalaman pemanduan peribadi cukup mengatakan model 2.5L petrol dan 2.2L diesel mempunyai sensasi pemanduan yang lebih baik.
Perlu diingatkan, model CBU ada sistem audio BOSE yang mungkin suatu bonus jika anda terjumpa mana-mana pemilik yang membela SUV ini dengan baik.
Kesimpulan
Mazda CX-5 generasi KE juga mempunyai nilai jualan yang agak tinggi berbanding model Mazda yang lain. Hal ini mungkin hadir berdasarkan sambutan dan maklum balas yang baik oleh pemilik-pemilik Mazda yang juga meningkatkan nilai jualan semula model ini.
Akhir sekali, rekaan Kodo pada Mazda CX-5 generasi KE juga masih cantik dan lawa jika dilihat sehingga ke hari ini. Nuansa rekaan Mazda ini adalah suatu halwa mata untuk pemilik juga. Suatu nikmat juga kalau setiap hari tengok menuju ke arah kereta sendiri yang cantik, kan?
Peminat Mazda? Baca sini:
Warna paling merah di dunia ada pada Mazda. Bagaimana Mazda menghasilkannya?
Kegemaran Hero Malaya, Mazda Astina adalah ikon kereta tahun 90-an!
Spyshot: Mazda CX-5 pacuan roda belakang, enjin 6 silinder. Boleh jadi CX-50?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
9