Proton
Compare 2nd hand Honda city with new proton saga. Gais! Let's discuess if second hand Honda City is a better buy than new proton Saga!😄😄
66
Gelaran Proton Saga sebagai kereta paling laris di Malaysia pada April 2021 telah dipintas pada bulan Mei 2021 kerana angka jualan keseluruhan Proton yang merosot. Nampaknya Perodua Myvi bakal mengambil takhta ini kembali.
Proton berjaya menjual sebanyak 9,440 unit bulan lalu dan angka ini meliputi penjualan domestik dan eksport. Ini adalah pengurangan sekitar 37.1% berbanding bulan April dengan pegangan pasaran sebanyak 20.3%.
Sepanjang tempoh 5 bulan pertama tahun 2021, Proton telah menjual sebanyak 57,283 unit dengan pegangan pasaran dari tahun ke tahun sebanyak 23.5%, meningkat 2.4% berbanding tahun sebelumnya.
Terdapat juga beberapa berita baik dari segi jumlah eksport kerana Proton telah menjual sebanyak 669 unit di luar negara pada bulan Mei - tertinggi sejak Mac 2013. Kereta Proton kini boleh didapati di Mesir, Pakistan, Nepal, dan Bangladesh.
Berikut ini adalah jadual angka jualan model dengan Saga, X50, X70, dan Exora menjadi model terlaris dalam segmen masing-masing:
Angka jualan Proton Mei 2021 | |
---|---|
Model | Unit |
Saga | 3,786 |
Persona | 1,303 |
Exora | 399 |
Iriz | 526 |
X70 | 1,523 |
X50 | 1,899 |
Walaupun jualan keseluruhan merosot, Proton masih mampu memegang kedudukan naib juara dari segi jualan keseluruhan. Lebih parah lagi, pengumuman PKP 3.0 dan 'lockdown' bakal membataskan lagi angka jualan Proton terutamanya pada bulan Jun 2021 ini.
Namun bukan semuanya mimpi ngeri. Proton masih mempunyai beberapa model baharu dalam perancangan antaranya Proton X70 Special Edition, Proton Iriz Active, Proton Persona facelift 2021 dan Proton X90 2022.
Baca: Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
9