Laporan berita Thailand mengatakan Honda City Hatchback e:HEV 2021 hibrid bakal dilancarkan bulan ini di negara gajah putih itu.
Jika nama e:HEV itu macam pernah dengar, ini kerana Honda City RS di Malaysia menggunakan enjin yang sama. Maksudnya, City Hatchback hibrid ini bakal menggunakan enjin dengan sistem Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD).
Juga baca: Harga Honda City RS e:HEV diumumkan, bermula dari RM 106k!
Untuk rangkuman anda, trenkuasa hibrid penuh ini merangkumi enjin petrol kitaran Atkinson 1.5 liter (98 PS, 127 Nm) dan motor daya tarikan elektrik (109 PS, 253 Nm).
Pada masa ini, City Hatchback yang sedang kuat ‘menapau’ Toyota Yaris dikuasakan oleh enjin 1.0 liter 3-silinder bercas turbo eksklusif untuk pasaran Thailand kerana memenuhi syarat untuk cukai yang lebih rendah di bawah polisi EcoCar II.
Untuk wilayah ASEAN yang menjual City Hatchback seperti Indonesia, dan baru-baru ini Filipina - tidak ada peraturan sebegitu. Justeru, City Hatchback mendapat enjin 1.5 liter 4-silinder aspirasi natural.
Juga baca: Honda City hatchback 2021 dilancarkan di Indonesia - 1.5L, varian RS, ada pilihan manual!
Setelah diperkenalkan di sini, kami pasti ia akan menggunakan enjin 4-silinder 121 PS / 145 Nm yang sama pada City biasa, sementara (mungkin) City Hatchback RS akan menggunakan sistem hibrid.
Juga baca:
Honda Jazz digugurkan, City Hatchback sebagai ganti. Tindakan bijak atau tidak?
Pelancaran 2021 dari Honda Malaysia: City Hatchback, Odyssey facelift, dan banyak lagi
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}