Honda
Given 100k, Civic top-spec and base spec Audi A3, which is the better? At price range (~150k) but not sure if I really should confirm the Civic, or find something else. Help appreciated, thanks!🙂🙂
67
Honda Civic Hatchback 2022 serba baru yang bakal dilancarkan di Eropah kelak tidak akan hadir dengan enjin turbo. Sebaliknya, ia hanya akan datang dengan enjin hibrid.
Menurut Honda Eropah, keputusan yang diambil ini selari dengan pelan untuk mengelektrifikasikan model teras menjelang akhir tahun 2022.
Juga baca: Kereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah
Disebabkan itu, Honda Civic Hatchback 2022 di Eropah nanti hanya akan ditawarkan dengan trenkuasa hibrid i-MMD yang mana ia menggabungkan enjin petrol berkitaran Atkinson dan dua motor elektrik.
Juga baca: Honda Civic Type R serba baru dan Civic hibrid e:HEV bakal tiba pada tahun 2022
Setakat ini, model teras Honda yang telah dielektrifikasikan ialah Jazz Hybrid dan CR-V Hybrid. Di samping itu, ketibaan Honda HR-V generasi baru di pasaran sana juga akan mengikut jejak langkah Civic Hatchback.
Sebelum ini, Honda Civic untuk pasaran Eropah dihasilkan di kilang Swindon, England tetapi kilang tersebut tidak lagi beroperasi. Untuk maklumat anda, Honda masih belum mengumumkan di mana Honda Civic untuk pasaran Eropah bakal dipasangkan.
Di Malaysia, Honda Civic 2022 dijangka tiba seawal tahun ini sekiranya semua pelan yang ditetapkan berjalan dengan lancar. Untuk itu, teruskan setia bersama kami.
Juga baca: Honda Civic FE 2022 serba baharu akan tembus pasaran Malaysia seawal tahun 2021!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
10