Honda
Honda Civic is such a big hit recently. Some of my friends and collegues buy it. What's your opnions?
75
April yang lalu, spyshot mengenai sebuah SUV misteri yang dikhabarkan sebagai Honda CR-V 2022 serba baharu telah tersebar luas. Perkara ini tidak boleh dinafikan memandangkan produksi Honda CR-V generasi sekarang sudahpun memasuki tahun kelima.
Baru-baru ini, satu lakaran berkenaan Honda CR-V generasi seterusnya telah dimuat naik dalam Instagram kelsonik. Secara tidak langsung, lakaran ini memberikan kita gambaran awal mengenai SUV segmen C Honda yang akan datang.
Juga baca: Spyshot: Honda CR-V 2022 serba baru generasi baru, ataupun HR-V spesifikasi USA?
Kalau anda lihat, elemen reka bentuk yang diterapkan banyak diambil dari Honda HR-V serba baru dan Honda SUV e:Prototype. Antaranya seperti lampu LED yang tirus dan gril berbentuk pentagon yang besar. Dari pandangan kasar, gabungan ini menghasilkan wajah depan yang cukup gah.
Juga baca: Honda HR-V 2021 gen 3 dilancarkan di Jepun - serba baharu, lebih mewah dan mahal!
Lakaran ini turut memperlihatkan bampar yang tajam seperti model sekarang tetapi lebih kemas. Pada bahagian sisi, ia mengenakan rim pelbagai bilah yang sama seperti Honda SUV e:Prototype. Kalau anda perasan, cermin sisinya diletakkan pada bahagian pintu.
Umumnya, lakaran ini menunjukkan sebuah Honda CR-V dengan unsur yang lebih kemas dan rapi.
Apapun, Honda CR-V generasi seterusnya dijangka hadir dengan trenkuasa yang sama seperti model sekarang. Kiranya, ia akan mirip susunan yang dibuat pada Honda Civic baru. Varian yang dielektrifikasi pula dijangka debut pada masa yang akan datang.
Juga baca: Kereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
11