Selain debut perdana Honda Civic Sedan (FE) 2022 yang baru, Modulo juga melancarkan pakej aksesori mereka untuk model di Thailand bagi membolehkan mereka bersaing dengan Toyota Corolla Altis GR Sport.
Terdapat pelbagai aksesori yang boleh dipilih oleh pelanggan, baik di bahagian eksterior ataupun interior.
Mari kita mulakan dengan Sport Package yang bermula pada harga THB 8,900 (~Rm 1,123). Pakej ini menambah menyatukan jalur di gril, ‘spad’ di bampar belakang dengan 'vent' palsu yang nampak pelik.
Exclusive Sport Package menambah sayap belakang, menaikkan kos ke THB 17,200 (~RM 2,172).
Untuk rupa yang lebih ‘complete’, Modulo Aero Package yang berharga THB 18,500 (~RM 2,336) menambah ‘lip’ depan ‘two-piece’, ‘garnish’ di bampar belakang, dan juga ‘skirting’ sisi.
Bukan itu saja, pelanggan di Thailand juga boleh menambah aksesori seperti rim 17 inci berwarna hitam untuk THB 21,000 (~RM 2,651), ‘garnish’ di ‘fender’ berharga THB 1,950 (~RM 246), termasuklah penutup cermin sisi dan visor pintu, masing-masing bernilai THB 1,000 (~RM 126), dan THB 1,800 (~RM 227).
Opsyen di bahagian interior juga agak meleleh.
Antara aksesori yang ditawarkan adalah ‘illuminated side step’, lampu di bahagian tapak kaki, pedal sporty, pilihan karpet yang berbeza, dan dulang bagasi.
Sama seperti sebelumnya, kemas kini ini adalah kosmetik semata-mata. Enjin 1.5 liter VTEC turbo pada Civic FE menghasilkan 5 PS dan 20 Nm lebih tinggi daripada pendahulunya, dengan angka 178 PS dan 240 Nm. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi CVT automatik.
Pengenalan Honda Civic generasi ke-11 di Thailand juga menandakan kemunculan sulungnya di rantau ini, hanya empat bulan setelah model ini membuat debut di dunia.
Juga baca: Honda Civic FE debut ASEAN - 1.5L turbo VTEC, 3 varian, harga bermula RM 122k!
Pada hari Khamis, 12 Ogos 2021, Singapura bakal menjadi negara seterusnya yang akan melancarkan model ini.
Bagi rakyat Malaysia, kita harus menunggu lebih lama untuk Honda Civic 2022 yang baru kerana isu yang berkaitan dengan Covid-19 telah menangguhkan rancangan pelancarannya di sini.
Juga baca: Sepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}