Toyota
2019 Toyota Corolla, is it the right choice? I wanna change a car this year and I'm thinking of the Corolla Altis and maybe Honda Civic. Can anyone give soem advice? Thanks
75
Minggu lalu menyaksikan pelancaran Honda Civic FE serba baru di Thailand. Model ini dilengkapi dengan kelengkapan terkini dan gempak yang sebelum ini tiada pada Civic FC, seperti Honda Smart Key Card.
Ciri ini hanya ada pada varian Civic FE RS. Ia berfungsi seperti kunci kereta ‘keyless’ biasa, tetapi dikemas dengan reka bentuk yang lebih elegan dan lancar.
Juga baca: Kerusi Honda Civic FE terlalu bagus, pereka kerusi Proton X50 boleh ‘terduduk’
Kami tidak pasti apa sebab utama untuk tidak menggunakan kunci standard, tetapi mungkin reka bentuk sebegini lebih mudah untuk dimasukkan ke dalam poket, dompet, atau beg tangan pengguna. Ianya juga nampak lebih ringan.
ini bukan kali pertama kami melihat penggunaan kad kunci untuk ‘keyless entry’ dan menghidupkan enjin. Model Renault seperti Koleos dan Megane telah menggunakan sistem kad kunci, tetapi reka bentuk kunci pada Honda Civic FE kelihatan lebih premium.
Juga baca: Honda Civic FE 2022 lagi hebat daripada Civic FC sebab ciri Honda Sensing ini!
Mana yang anda lebih suka? Kunci kereta tradisional, atau kad kunci yang lebih langsing dan elegan? Adakah anda rasa ciri Honda Smart Key Card akan ditawarkan pada Honda Civic di pasaran Malaysia kelak?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
10