window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kerusi Honda Civic FE terlalu bagus, pereka kerusi Proton X50 boleh ‘terduduk’

Faisal · Aug 11, 2021 02:00 PM

Kerusi Honda Civic FE terlalu bagus, pereka kerusi Proton X50 boleh ‘terduduk’ 01

Minggu lepas, Honda Civic FE 2022 telah membuat debut ASEAN di pasaran Thailand. Menjadi generasi baru, pasti ada banyak aspek yang telah ditambahbaik.

Hari ini, kami ingin kupaskan mengenai pembaharuan pada tempat duduk Honda Civic. Walaupun macam tak berapa penting, perlu diingatkan bahawa pemilik Honda Civic sering menggunakannya secara harian, Jadi, tempat duduk yang bagus sangatlah membantu.

Juga bacaHonda Civic FE debut ASEAN - 1.5L turbo VTEC, 3 varian, harga bermula RM 122k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kerusi Honda Civic FE terlalu bagus, pereka kerusi Proton X50 boleh ‘terduduk’ 01

Asas GVC Plus Mazda yang mengambil kira cara badan manusia berinteraksi dengan pergerakan sekeliling.

Secara teori, posisi duduk yang ideal dapat memberikan kawalan pemanduan yang sempurna. Malah untuk pemanduan jarak jauh, anda takkan rasa letih sangat. Tempat duduk yang tidak berapa ergonomik pula boleh buatkan anda rasa tidak selesa.

Sementara itu, kami ingin bercakap mengenai Proton X50, iaitu kereta yang mendapat skor tinggi dalam WapCar.my tetapi kerusi depannya tidak berapa ergonomik. Tak percaya? Tengoklah gambar di bawah ini.

Kerusi Honda Civic FE terlalu bagus, pereka kerusi Proton X50 boleh ‘terduduk’ 02

Sokongan peha oleh kerusi depan pada Proton X50 macam tiada langsung.

Kalau anda lihat, bangkunya yang pendek tidak menyokong peha secara penuh. Buat anda lebih tinggi atau pandu dalam posisi memandu yang betul, lutuk anda akan rasa kebas dan kaki anda akan cepat lenguh.

Kerusi Honda Civic FE terlalu bagus, pereka kerusi Proton X50 boleh ‘terduduk’ 03

Fokus yang lebih mendalam oleh Mazda terhadap posisi pemanduan.

Walaupun macam tidak adil untuk bandingkan antara kereta segmen B dan C, reka bentuk tempat duduk yang ergonomik sepatutnya tidak boleh dikompromi langsung.

Kerusi Honda Civic FE terlalu bagus, pereka kerusi Proton X50 boleh ‘terduduk’ 04

Dalam hal ini, Mazda merupakan antara pengeluar kereta yang betul-betul meletakkan fokus pada biomekanik manusia dalam mereka bentuk tempat duduk kereta. Jadi, tidak hairanlah dengan kerusi kereta Mazda yang begitu cemerlang dalam aspek sokongan badan dan ergonomik.

Keutamaan ergonomik

Kerusi Honda Civic FE terlalu bagus, pereka kerusi Proton X50 boleh ‘terduduk’ 05

Tempat duduk Honda Civic FE yang ditambahbaik.

Kini, Honda nampaknya mengikut jejak langkah yang sama dalam mereka bentuk tempat duduk buat Honda Civic FE. Matlamat utama mereka kali ini adalah untuk mempertingkatkan sokongan tulang belakang dan hubungan antara permukaan-permukaan yang menyokong badan pengguna.

Kerusi Honda Civic FE terlalu bagus, pereka kerusi Proton X50 boleh ‘terduduk’ 06

Dalam skrin pembentangan Honda Civic FE di atas, pemandu dilihat duduk dalam keadaan yang optimum. Kalau anda perasan, bahagian kerusi dan badan pemandu bersentuhan seperti tidak menampakkan jurang langsung, terutama pada bahagian peha. Bahagian pelvis dan belakang juga turut disokong dengan begitu baik.

Kerusi Honda Civic FE terlalu bagus, pereka kerusi Proton X50 boleh ‘terduduk’ 07

Inilah posisi memandu yang ideal. Nampak santai je kan?

Di samping itu, tempat duduk Honda Civic FE dari segi posisi pemanduan juga nampak ideal yang mana pemandu dilihat mengemudi roda stereng dan pedal kaki dalam posisi semulajadi dan selesa. Dalam aspek ini, Honda Civic FC sebenarnya dah cukup bagus tetapi aspek ini dititikberatkan lagi pada generasi FE.

Konklusi

Kerusi Honda Civic FE terlalu bagus, pereka kerusi Proton X50 boleh ‘terduduk’ 08

Tempat duduk pada Honda Civic FC.

Tahap teknologi dan kepakaran yang dimiliki oleh pengeluar kereta zaman sekarang memberikan tanggapan bahawa tempat duduk yang direka pasti penuh dengan unsur ergonomik. Di sinilah Honda berada dalam landasan yang betul kerana mereka kali ini nampaknya begitu teliti akan aspek keselesaan pengguna.

Kerusi Honda Civic FE terlalu bagus, pereka kerusi Proton X50 boleh ‘terduduk’ 09

Walaupun tempat duduk Honda Civic FC tidak kurang hebatnya, usaha Honda untuk menghasilkan kerusi yang lebih baik pada Honda Civic FE boleh menimbulkan rasa teruja buat pembeli. Kami sendiri pasti akan menilai tempat duduk Honda Civic yang baru ini apabila ia tiba di pasaran Malaysia kelak.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda