![Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar! 01]()
- 2.0L hibrid, 184 PS/315 Nm, varian Civic FE paling berkuasa
- Key Card, kluster digital penuh, penyaman udara 2-zon, pengecas nirwayar
- Harga Civic sekarang adalah dari RM 131k – RM 170k
Honda Malaysia sebentar tadi baru sahaja melancarkan Honda Civic RS varian hibrid e:HEV dengan harga RM 166,500 dan ia mewakili varian teratas buat penawaran Civic FE di Malaysia.
![Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar! 02]()
Trenkuasa – lebih bertenaga daripada 1.5 VTEC Turbo
![Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar! 03]()
Secara amnya, Civic e:HEV mempunyai kuasa sebanyak 184 PS dan 315 Nm tork. 2 PS dan 75 Nm tork lebih tinggi daripada varian 1.5L turbo. Penggunaan minyak pula adalah serendah 4.0 liter/100 km.
![Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar! 01]()
Sumber kuasanya datang dari enjin 2.0L NA bersuntikan terus (direct-injection) baharu yang digabungkan dengan dua motor elektrik.
Juga baca: Sedan hibrid terbaik untuk Malaysia - Honda Civic FE 2022 hybrid dengan 2.0L e:HEV debut dunia, setanding Accord!
![Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar! 02]()
Dari segi teknikal, trenkuasanya digandingkan dengan bateri ion-litium yang terletak di belakang. Walaupun berat keseluruhan menambah lagi 100 kg, keluasan but tetap kekal pada 497 liter (standard VDA).
Eksterior – ekzos satu, emblem biru, trim krom dan rim baru
![Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar! 03]()
Pada bahagian luar, apa yang membezakan Civic hibrid dengan RS biasa adalah penggunaan trim krom yang menggantikan sentuhan hitam kilat.
![Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar! 04]()
Malah, sentuhan krom juga diterapkan pada satu bar yang tampil eksklusif di bawah logo biru Honda pada bahagian gril hadapan.
![Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar! 05]()
Sentuhan logo Honda berwarna biru juga terdapat pada bahagian belakang yang mana ia dilengkapkan lagi dengan lencana e:HEV.
![Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar! 06]()
Selain daripada itu, ekzosnya adalah jenis solo dan Civic hibrid ini datang eksklusif dengan roda 18 inci jenis dwi-tona.
Interior – kluster digital sepenuhnya, kunci jenis kad, pengecas nirwayar, penyaman udara 2-zon
![Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar! 07]()
Sebagai varian teratas, Civic e:HEV dilengkapkan istimewa dengan kluster digital penuh 10.2 inci.
![Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar! 08]()
Bercakap mengenai istimewa, ia juga menghadirikan ciri penyecas Qi nirwayar dan penyaman udara 2-zon.
![Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar! 09]()
![Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar! 10]()
Tetapi ciri paling unik yang ada pada Civic e:HEV adalah penggunaan Key Card yang mana ia cukup nipis (lebih kurang saiz 2 kad kredit) supaya tidak leceh untuk anda simpan dan bawa ke mana-mana.
![Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar! 11]()
Menjadi model hibrid, skrin infotainmentnya ada paparan Power Flow Display.
Keselamatan: ADAS penuh
![Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar! 12]()
Selain 6 beg udara dan kamera Honda LaneWatch, Civic e:HEV juga datang dengan ADAS Honda Sensing penuh yang merangkumi ciri:
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Low-Speed Follow (LSF)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Road Departure Mitigation (RDM)
- Lane Keep Assist System (LKAS)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Auto High Beam (AHB)
- Lead Car Departure Notification (LCDN, hanya untuk RS)
Waranti hibrid
![Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar! 13]()
Sama seperti model Honda yang lain, Civic RS e:HEV ini hadir dengan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan. Bateri hibridnya sendiri ada waranti 8 tahun tanpa had perbatuan.
![Honda Civic RS e:HEV 2022 dilancar di Malaysia; RM 167k, 315 Nm, Key Card, pengecas nirwayar! 14]()
Untuk anda yang ingin tahu sehebat mana prestasi trenkuasa Civic e:HEV berbanding varian turbo, dijemput lihat klip di bawah.
Juga baca: Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia!
Komen