window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Malaysia sah buat 'Comeback', umum pelan perniagaan baharu untuk pasaran tempatan!

Khairil · Aug 25, 2021 04:30 PM

Suzuki Malaysia sah buat 'Comeback', umum pelan perniagaan baharu untuk pasaran tempatan! 01

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Suzuki Malaysia akhirnya kembali menyertai persaingan dalam industri motosikal tanah air menerusi pengumuman beberapa model terbaharu untuk pasaran tempatan.

Dan berdasarkan laporan terkini rakan media automotif tempatan, Suzuki Malaysia turut mengumumkan perubahan yang akan dijalankan bagi mengukuhkan jenama itu di negara ini.

Juga baca: Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi...

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Malaysia sah buat 'Comeback', umum pelan perniagaan baharu untuk pasaran tempatan! 01

Seperti diketahui, Suzuki Malaysia mengambil alih peranan Suzuki Assemblers Malaysia sebagai pengimport, pengedar dan pemasang motosikal, ATV, serta alat ganti jenama Jepun itu di negara ini.

Dilaporkan, Suzuki Malaysia akan diketuai oleh Ahmad Faez Tan Sri Yahaya selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan manakala Datuk Jeffrey Lim sebagai Pengurus Besar dan Pengarah Suzuki Malaysia Sdn Bhd.

Suzuki Malaysia sah buat 'Comeback', umum pelan perniagaan baharu untuk pasaran tempatan! 02

Suzuki Katana

Selain tiga model yang WapCar laporkan semalam iaitu Suzuki Katana, Suzuki GSX-R1000R, Suzuki GSX-R1000, tiga lagi model turut diumumkan.

Juga baca: Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan!

Suzuki Malaysia sah buat 'Comeback', umum pelan perniagaan baharu untuk pasaran tempatan! 03

Suzuki GSX-R1000R

Ia termasuklah model 'Naked', Suzuki GSX-S 750, Suzuki SV 650 serta model 'Adventure touring' menarik Suzuki V-Strom 650XT.

Harga bagi keenam-enam model yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Suzuki GSX-R1000R - RM 110,298
  • Suzuki GSX-R1000 - RM 99,289
  • Suzuki Katana GSX-S 1000S - RM 77,989
  • Suzuki GSX-S 750 - RM 40,989
  • Suzuki V-Strom 650XT - RM 37,989
  • Suzuki SV 650 - RM 37,289

Harga yang dipaparkan tidak termasuk insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran. Setiap pembelian datang dengan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana tiba dahulu.

Suzuki Malaysia sah buat 'Comeback', umum pelan perniagaan baharu untuk pasaran tempatan! 04

Suzuki GSX-S 750

Selain pengumuman mengenai kehadiran beberapa model di Malaysia, Suzuki Malaysia turut mengumumkan perancangan membabitkan rangkaian pengedar dan pusat servisnya di seluruh negara.

Juga baca: Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi!

Suzuki Malaysia sah buat 'Comeback', umum pelan perniagaan baharu untuk pasaran tempatan! 05

Suzuki V-Strom 650XT

Ia termasuk dengan penubuhan Suzuki Big Bike World, Suzuki Station Plus, Suzuki Station, Suzuki Exclusive Service Centre dan Suzuki Service Corner yang merangkumi pelbagai tahap termasuk bagi golongan marhaen.

Sebagai contoh bagi Suzuki Big Bike World, ia akan menjadi kedai konsep eksklusif Suzuki yang bertindak sebagai pengedar elit dan pusat pameran yang mempamer dan menjual kesemua barisan motosikal jenama itu.

Suzuki Malaysia sah buat 'Comeback', umum pelan perniagaan baharu untuk pasaran tempatan! 06

Suzuki SV 650

Tetapi apa yang menarik ialah penubuhan Suzuki Station yang juga wakil pengedar yang menawarkan motosikal bersesaran lebih rendah di bawah 250 cc.

Juga baca: Spyshot: Suzuki uji Raider 150 Fi di Malaysia?

Suzuki Malaysia sah buat 'Comeback', umum pelan perniagaan baharu untuk pasaran tempatan! 07

Ini bermakna Suzuki akan melancarkan termasuklah Suzuki Belang Fi dan GSX150 yang pernah diacah di laman sosial rasmi jenama berkenaan, tidak lama lalu.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda