Jenama Mellors Elliot Motorsport (MEM) adalah sebuah syarikat UK yang terkenal dalam arena sukan permotoran rali. Baru-baru ini, sebuah Proton Satria Neo yang ditala oleh Mellors Elliot Motorsport telahpun dijual di laman motorsportactions.com dengan harga £ 85,000 (RM 450,000).
Mellors Elliot Motorsport pernah menyediakan sebuah kereta untuk pelumba rali terkenal Malaysia, Karamjit Singh dan pembantu pemandu Allen Oh.
Hubungan baik jenama tersebut telah lama dibina dari zaman kegemilangan Proton Satria Neo sehinggalah kini. Mellors Elliot Motorsport turut menggunakan Proton Iriz sebagai jentera rali terbaru mereka.
Proton Satria Neo yang dijual tersebut adalah sebuah kereta berprestasi tinggi untuk kegunaan sukan permotoran sahaja. Kereta tersebut menggunakan enjin Millington 2500 yang dikatakan boleh menjana sehingga 359 PS kuasa kuda dan 345 Nm tork.
Selain itu, cat badan, brek AP Racing dan juga transmisi telahpun diperiksa. Kereta ini dikatakan mendapat 3 tempat teratas dalam dalam acara kebangsaan. Proton Satria Neo ini turut mengalahkan kereta untuk kelas WRC dan R5.
Sebagai pemacu kepada sukan permotoran, kereta yang dibina oleh Mellors Elliot Motorsport sudah tentulah tidak akan mengecewakan.
Harganya mencecah RM 450,000 untuk mereka yang benar-benar memerlukan sebuah kereta berprestasi tinggi tanpa perlu bersusah payah melakukan talaan semula.
Berikut adalah beberapa keping gambar kereta tersebut yang sedang beraksi.
Jika anda minat dengan Proton Satria, baca lebih lanjut di sini.
Kredit: Motor Sport Auctions
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}