Tempahan buat Perodua Myvi facelift 2022 kini dengan rasminya dibuka untuk rakyat Malaysia. Perkara ini sudah dijangka sejak tertularnya hatchback ternama itu tanpa seurat benang pada minggu lalu.
Juga baca: EKSKLUSIF: Perodua Myvi 2022 ‘facelift’ dikesan – bampar baru, lampu depan ala Ativa?
Secara teknikal, Myvi facelift bakal hadir dengan dua varian 1.3L G dan tiga varian 1.5L yang terdiri daripada 1.5L X, H, dan AV. Kesemua varian untuk kali ini akan menggunakan transmisi CVT. Ini bermakna pilihan transmisi manual tidak akan lagi ditawarkan pada varian pengenalan 1.3 G.
Juga baca: Perodua Myvi baru dengan D-CVT Ativa akan tiba hujung 2021, rujuk spec baru Daihatsu Sirion
Dari segi harga, Myvi facelift ditawarkan bermula RM 45,700 hingga RM 58,800 (harga atas jalan, tanpa insurans, termasuk pengecualian cukai jualan SST sehingga 30 Jun 2022).
Antara pembaharuan yang ada termasuklah pilihan warna Cranberry Red yang istimewa untuk varian Advance sahaja.
Tetapi apa yang lebih ketara untuk model kali ini ialah kadar penjimatan minyak yang mana Myvi facelift (diuji pada varian 1.3L) boleh pergi sejauh 22.2 km untuk setiap liter petrol, berbanding 21.1 km pada model sekarang.
Di samping itu, Perodua juga bakal memperkenalkan Myvi dengan sistem ADAS terbaru yang dikenal sebagai Perodua Smart Drive Assist (PSDA).
Untuk anda yang berminat, bolehlah ke bilik pameran Perodua yang berdekatan ataupun hubungi wakil jualan yang sah.
Juga baca: Perodua Myvi facelift - ini beberapa naik taraf yang bakal kita lihat?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}