window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

EKSKLUSIF: Perodua Myvi 2022 ‘facelift’ dikesan – bampar baru, lampu depan ala Ativa?

Zamil Syaheer · Oct 30, 2021 02:37 PM

EKSKLUSIF: Perodua Myvi 2022 ‘facelift’ dikesan – bampar baru, lampu depan ala Ativa? 01

Baru-baru ini kami melaporkan bahawa kembar Perodua Myvi generasi ketiga, Daihatsu Sirion di Indonesia, akan mendapat transmisi jenis CVT baharu. Ini juga bermakna ‘king’ di Malaysia akan mendapat naik taraf yang sama.

Kali ini, tular pula imej Perodua Myvi 2022 ‘facelift’ di jalan raya kita!

Daripada imej intipan ini, nampaknya Myvi facelift baharu bukan sahaja akan mendapat transmisi CVT baharu, tetapi turut menampilkan bampar depan, lampu depan, gril, dan lampu sisi LED baharu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

EKSKLUSIF: Perodua Myvi 2022 ‘facelift’ dikesan – bampar baru, lampu depan ala Ativa? 01

Kalau anda perhatikan reka bentuk lampu depan, ianya berbeza, mirip reka bentuk Perodua Ativa. Adakah ini bermakna Myvi akan mendapat lampu hadapan LED adaptif? Harap-harap macam tu yop!

Beralih ke bahagian belakang pula, tiada lagi rekaan ala laluan udara palsu yang besar, digantikan dengan rekaan ala laluan udara yang ringkas dan menegak. Rekaan roda pula kekal sama seperti model pra-facelift.

Juga baca: Perodua Myvi baru dengan D-CVT Ativa akan tiba hujung 2021, rujuk spec baru Daihatsu Sirion

EKSKLUSIF: Perodua Myvi 2022 ‘facelift’ dikesan – bampar baru, lampu depan ala Ativa? 02

Perodua Myvi facelift kemungkinan besar akan tiba di bilik pameran pada bulan November 2021. Dengan Daihatsu Sirion di Indonesia berkemungkinan akan menghentikan jualan varian 1.3G manual, kami menjangkakan Perodua akan melakukan perkara yang sama kerana varian manual tak laku di Malaysia.

Segala info baru akan dikongsikan oleh kami di WapCar, jadi ‘stay tuned’!

Juga baca: Perodua Myvi facelift - ini beberapa naik taraf yang bakal kita lihat?

Kredit imej: Myvitesse di Instagram

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda