Sebentar tadi, rakan media kami dari Funtasticko telah memuat naik satu intipan mengenai sebuah Proton Saga misteri yang dilihat di perkarangan Lebuhraya NKVE.
Kalau diperhatikan betul-betul, samaran Proton Saga yang ada pelekat hitam ini mengenakan logo Proton baharu yang berbentuk bulat. Bercakap mengenai pelekat, kit badan, rim dan cermin sisinya juga dicat dengan warna hitam.
Nampaknya, Proton Saga juga akan tampil dengan model facelift kedua (Minor Change 2), sama seperti Iriz dan Persona.
Setakat ini, belum ada maklumat yang dapat disahkan mengenai Saga terbaru. Cumanya sebelum ini, ada ura-ura yang mengatakan bahawa ia bakal hadir seawal tahun 2022.
Untuk maklumat terkini mengenai Proton Saga, teruskan setia bersama kami.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}