Sedang menunggu sebuah trak pikap yang paling bergaya dalam pasaran? Jangan khuatir, 2022 Mazda BT-50 akan dilancarkan di Malaysia pada hujung minggu ini. Trak pikap tersebut kini boleh didapati di beberapa bilik pameran Mazda yang terpilih di Malaysia.
Ketika pelancaran, 2 varian akan ditawarkan – 1.9 liter High Double Cab dan 3.0 High Plus Double Cab, masing-masing berharga RM 124,179 dan RM 143,218.
Varian-ke-varian, kedua-dua varian Mazda BT-50 1.9 serba baharu berharga sedikit lebih mahal daripada rakan sejawat Isuzu D-Max mereka (RM 121,549 hingga RM 141,938). Walaubagaimanapun, masih belum dapat dilihat apakah ciri-ciri yang akan membezakan antara trak pikap Mazda dan Isuzu.
Sama seperti model se-platform Isuzu D-Max, 2022 Mazda BT-50 diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand. Harga diskaun cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak terpakai untuk Mazda BT-50, kerana ia hanya layak untuk kereta penumpang sahaja. Kenderaan komersial seperti trak pikap tidak menerima pengecualian namun semak dengan penasihat jualan anda mengenai sebarang promosi.
Model yang membuat penampilan pertama Thailand ini perlu menarik perhatian daripada Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton, Nissan Navara, dan Ford Ranger. Kesemuanya telah dikemaskini dalam tahun 2021.
Hanya Toyota Hilux sahaja yang tidak menawarkan sebarang kemaskini major pada tahun ini.
2 enjin yang ditawarkan adalah pertama, unit 1.9 liter ialah turbodiesel yang menghasilkan 150 PS dan 350 Nm, manakala enjin 3.0 liter turbodiesel yang lebih besar mampu menghasilkan 190 PS dan 450 Nm. Kedua-dua enjin dipasangkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.
Masih belum dapat disahkan mengenai apakah ciri-ciri yang akan diperolehi oleh 2022 Mazda BT-50 pasaran Malaysia, tetapi di Thailand, Mazda BT-50 sarat dengan ciri-ciri seperti tempat duduk pemandu boleh laras kuasa 8-arah, 8 pembesar suara serta paparan infotainment 9-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.
Untuk siapa agaknya trak pikap Mazda BT-50? Ini adalah suatu topik yang menarik untuk dibincangkan. Dengan lambakan trak pikap dengan jenama yang lebih kukuh di Malaysia, mampukah Mazda BT-50 mengambil sedikit pegangan pasaran trak pikap?
Baca: Tempahan Mazda BT-50 2022 serba baharu di Malaysia kini dibuka, varian 1.9 & 3.0, dari RM 124k
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}