window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton tawar diskaun untuk pelanggan mangsa banjir - RM 300 untuk bantuan caj tunda, pembersihan kereta

Mersita · Dec 22, 2021 01:00 PM

Proton tawar diskaun untuk pelanggan mangsa banjir - RM 300 untuk bantuan caj tunda, pembersihan kereta 01

  • Diskaun bagi alat ganti, caj buruh serta servis tunda dan pembersihan secara percuma akan ditawarkan

Akibat banjir baru-baru ini yang menjejaskan beberapa kawasan di bahagian Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, jenama kereta nasional, PROTON, menawarkan pertolongan kepada pelanggan yang mempunyai kereta yang mengalami kerosakan. Tawaran ini terbuka kepada semua pemilik model Proton.

Proton tawar diskaun untuk pelanggan mangsa banjir - RM 300 untuk bantuan caj tunda, pembersihan kereta 02

“Fenomena banjir baru-baru ini telah menjejaskan beribu orang terutama sekali di Selangor dan Shah Alam, di mana terletaknya ibu pejabat PROTON. Ramai pelanggan kami mengalami kerosakan tempat tinggal serta perniagaan mereka dan ini termasuk kereta mereka juga.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Oleh itu, kami ingin menghulurkan bantuan untuk memastikan kenderaan mereka boleh diperbaiki dan memberi keyakinan bahawa pelanggan kami adalah keutamaan utama syarikat,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Proton tawar diskaun untuk pelanggan mangsa banjir - RM 300 untuk bantuan caj tunda, pembersihan kereta 01

Diskaun sebanyak 20% bagi alat ganti tertentu dan caj buruh akan diberi kepada semua pelanggan yang terjejas oleh banjir dan telah melakukan laporan polis tentang kejadian itu. Lebih lagi, caj tunda sebanyak RM200 dan caj pembersihan bahagian luar dan ruang enjin sebanyak RM100 akan dibayar oleh syarikat.

“Keadaan yang luar biasa memerlukan tindak balas yang luar biasa. PROTON akan berusaha untuk menentukan kenderaan pelanggan diperbaiki secepat mungkin dan menasihati mereka untuk terus ke pusat perkhidmatan kami supaya dapat menikmati faedah ini. Lebih lagi, alat gentian tulen akan diberi jaminan jadi mereka yakin kualiti kerja pembaikan kami.

Proton tawar diskaun untuk pelanggan mangsa banjir - RM 300 untuk bantuan caj tunda, pembersihan kereta 02

“PROTON agak bertuah kerana banjir baru-baru ini tidak menjejaskan barisan pengeluaran kami tetapi lebih dari 1,000 warga Proton telah terjejas. Oleh itu ahli-ahli Kelab PROTON, organisasi sosial dan kesejahteraan dalaman untuk semua kakitangan, telah diaktifkan untuk menyediakan pakej penjagaan serta menawarkan servis pembersihan kepada rakan-rakan dan keluarga mereka,” tambah Roslan Abdullah.

Sila telefon talian pelanggan PROTON di 1-800-88-8398 untuk penerangan lanjut.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda