window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jualan kereta di Malaysia tahun 2022 dijangka cecah 540,000 unit, bahagian pasaran SUV kini 30%

Faisal ยท Jan 11, 2022 06:00 PM

Jualan kereta di Malaysia tahun 2022 dijangka cecah 540,000 unit, bahagian pasaran SUV kini 30% 01

RHB Research baru-baru ini mengeluarkan ramalan bahawa total industry volume (TIV) untuk tahun 2022 nanti akan mencecah 540,000 unit jualan. Apapun, penyelidikan ini telahpun mengambil kira faktor yang boleh menjejaskan jualan kenderaan pada tahun ini.

Seperti yang anda tahu, kerajaan sedang giat mempercepatkan penggunaan kereta elektrik (EV) melalui insentif yang ditawarkan dalam Bajet 2022. Namun menurut RHB Research, insentif pendek selama 2 ke 4 tahun beserta pelan jangka masa panjang yang tidak berapa jelas buat National Automotive Policy (NAP) boleh mengurangkan keyakinan pengeluar tempatan untuk melabur dalam produksi yang berkaitan dengan EV.

Juga bacaBajet 2022 – kereta EV: 0% cukai import, eksais & road tax, RM 2.5k rebat untuk cukai pendapatan

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jualan kereta di Malaysia tahun 2022 dijangka cecah 540,000 unit, bahagian pasaran SUV kini 30% 01

Kalau anda perasan, infrastruktur mengecas kebanyakannya ada di pejabat ataupun di pusat membeli-belah sahaja. Untuk rumah atau tempat-tempat lain seperti stesen minyak, ia masih tidak mencukupi.

Jualan kereta di Malaysia tahun 2022 dijangka cecah 540,000 unit, bahagian pasaran SUV kini 30% 02

Mengenai insentif cukai jualan SST, RHB berpendapat bahawa jualan kenderaan akan menurun sekiranya ia tidak dilanjutkan. Tetapi selepas itu, ia akan meningkat semula.

Buat masa ini, TIV untuk Kewangan Tahun 2021 sehingga November adalah sebanyak 441,136 unit. Jangkaan RHB sendiri adalah sebanyak 470,000 unit. Kiranya, jualan yang diperoleh menurun sebanyak 13%.

Jualan kereta di Malaysia tahun 2022 dijangka cecah 540,000 unit, bahagian pasaran SUV kini 30% 03

Proton tahun lepas menjual sebanyak 14,147 kenderaan manakala Perodua pula pada 22,940 unit.

Walaupun prestasi Kewangan Tahun 2021 cukup memberangsangkan, jangkaan TIV untuk 2022 akan kekal pada 540,000 jualan memandangkan banyak tempahan yang tertunggak akan dilaksanakan pada tahun ini. Lagipun, isu bekalan cip masih ada.

Menariknya, maklumat dari RHB Research turut mendedahkan bahawa bahagian pasaran untuk kereta sedan kekal menurun dari 73% ke 63%. Bahagian pasaran SUV pula kini mencecah 30%, iaitu melebihi dua kali ganda berbanding 19% yang diraih pada tahun 2020.

Jualan kereta di Malaysia tahun 2022 dijangka cecah 540,000 unit, bahagian pasaran SUV kini 30% 04

Peningkatan jualan SUV di Malaysia ini majoritinya disebabkan oleh jualan Proton X50 (28,774 unit) dan X70 (16,375 unit) yang begitu laku. Buat Proton sendiri, prestasi sebegini merangkumi 40% daripada jualan keseluruhan mereka dalam Kewangan Tahun 2021. Malah, untuk jumlah SUV yang dijual di Malaysia tahun lepas juga, 30% daripada jualannya adalah dari kedua-dua model ini.

Juga bacaPerodua: 190k unit kenderaan terjual pada 2021, Myvi kekal ‘King’ dengan jualan hampir 50k unit!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda