window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

4 ‘roadblock’ di Petaling Jaya. PKP 3.0 di Kuala Lumpur, Perak, Johor, Terengganu bermula esok

Mersita · May 6, 2021 11:59 AM

4 ‘roadblock’ di Petaling Jaya. PKP 3.0 di Kuala Lumpur, Perak, Johor, Terengganu bermula esok 01

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah berlangsung bagi 6 daerah di Selangor bermula hari ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di empat lokasi sekitar Petaling Jaya bermula 6 Mei sehingga 17 Mei 2021.

SJR ini akan bertapak di plaza-plaza tol Sungai Buloh, Kota Damansara, Damansara, dan Subang (daerah Petaling).

4 ‘roadblock’ di Petaling Jaya. PKP 3.0 di Kuala Lumpur, Perak, Johor, Terengganu bermula esok 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya juga akan menambah jumlah anggota penguatkuasa di lapangan-lapangan SJR dan mereka akan berganding bahu bersama Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) bagi memastikan SOP dipatuhi oleh orang awam.

Baca juga: Operasi trafik kaw kaw pada minggu Raya nanti!

4 ‘roadblock’ di Petaling Jaya. PKP 3.0 di Kuala Lumpur, Perak, Johor, Terengganu bermula esok 01

Dalam perkembangan PKP terbaru, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di tiga daerah di Johor (Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi), empat daerah di Perak (Taiping, Larut, Matang, Selama), serta seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula dari 7 Mei sehingga 20 Mei 2021.

4 ‘roadblock’ di Petaling Jaya. PKP 3.0 di Kuala Lumpur, Perak, Johor, Terengganu bermula esok 02

Selain dari itu, PKP juga akan dikuatkuasakan di 14 mukim dalam daerah Besut, Terengganu. Pengumuman PKP 3.0 di kawasan-kawasan terbaru ini dibuat sehari selepas PKP 3.0 diumumkan di 6 daerah Selangor.

Setakat ini, belum ada perkembangan terbaru tentang jumlah penumpang dibenarkan di dalam kereta. Had perjalanan individu dalam radius 10 km juga tidak diumumkan. Namun, pergerakan rentas negeri acap kali ditegah bagi tujuan selain daripada pasangan suami isteri jarak jauh, kecemasan, kematian ahli keluarga terdekat, atau tujuan perubatan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda