window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Chery Omoda 5 bakal menyusul ke Malaysia - 1.6L Turbo, pesaing X50 dengan rekaan bergaya!

Haris · Feb 11, 2022 05:00 PM

Chery Omoda 5 bakal menyusul ke Malaysia - 1.6L Turbo, pesaing X50 dengan rekaan bergaya! 01

Pada 8 Februari 2022, beberapa unit Omoda 5 terawal telah dikeluarkan dari kilang pengeluaran Chery di  ibu pejabat Wuhu, wilayah Anhui, China. OMODA merupakan siri produk global baharu Chery, mewakili pandangan dan pemikiran baharu syarikat tersebut terhadap globalisasi.

Chery Omoda 5 bakal menyusul ke Malaysia - 1.6L Turbo, pesaing X50 dengan rekaan bergaya! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Omoda 5 adalah model global pertama di bawah siri ini dan produk pertama di bawah era Chery 4.0.

Pihak pengurusan syarikat termasuk Yin Tongyue, Zhang Ping, Li Lizhong, Gao Xinhua, Jia Yaquan, Zhang Guibing, Jin Yibo, Xu Youzhong dan Huang Zhaogen hadir di majlis line-off Chery Omoda 5 pada hari tersebut.

Chery Omoda 5 bakal menyusul ke Malaysia - 1.6L Turbo, pesaing X50 dengan rekaan bergaya! 01

Chery Omoda 5 adalah model penting bagi Chery kerana ia merupakan model global pertama syarikat tersebut, dibangunkan berdasarkan permintaan antarabangsa. Bukan itu sahaja, ia merupakan sebuah produk penting bagi Chery untuk menembusi pasaran Eropah dan pasaran pemanduan kanan.

Baca: Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70

Chery Omoda 5 bakal menyusul ke Malaysia - 1.6L Turbo, pesaing X50 dengan rekaan bergaya! 02

Beliau berharap Chery Omoda 5 akan menetapkan piawaian baharu bagi Chery dari segi kepuasan pelanggan, daya saing, pemikiran digital, pengeluaran dan kualiti, sambil terus meningkatkan inovasi perniagaan dan membuahkan hasil baik di peringkat domestik dan global.

Chery Omoda 5 bakal menyusul ke Malaysia - 1.6L Turbo, pesaing X50 dengan rekaan bergaya! 03

Timbalan pengurus besar syarikat Gao Xinhua berkata bahawa Chery Omoda 5 telah dibangunkan dalam tempoh 18 bulan untuk menjadi produk global. Sejak penampilan pertamanya di Pameran Auto Guangzhou 2021, model tersebut telah menerima maklum balas yang memberangsangkan di China serta luar negara.

Baca: Chery prebiu media 3 SUV di Indonesia sebelum membuat debut – CKD akan bermula Jun 2022

Chery Omoda 5 bakal menyusul ke Malaysia - 1.6L Turbo, pesaing X50 dengan rekaan bergaya! 04

Hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) kendiri yang mendalam, Omoda 5 telah direka untuk memenuhi piawaian global melalui platform global, mencerminkan idea baharu syarikat.

Timbalan pengurus besar syarikat Jia Yaquan dan Zhang Guibing turut berkata bahawa pasukan pemasaran optimis mengenai pasaran antarabangsa dan domestik, mengambil kira kepentingan dan kelebihan Omoda 5.

Chery Omoda 5 bakal menyusul ke Malaysia - 1.6L Turbo, pesaing X50 dengan rekaan bergaya! 05

Lakaran kabin dalaman Omoda 5

Menurut penolong pengurus besar syarikat Dr Xu Youzhong, Omoda 5 mewakili pandangan dan pemikiran baharu Chery mengenai globalisasi, sambil mencapai tahap baharu dalam kuasa, teknologi dan aspek lain untuk menyasarkan pengguna muda dalam kumpulan umur 25-30 tahun.

Rusia akan menjadi destinasi antarabangsa pertama Chery Omoda 5, diikuti oleh Kesatuan Eropah, Australia, Malaysia serta pasaran lain di dunia.

Chery Omoda 5 bakal menyusul ke Malaysia - 1.6L Turbo, pesaing X50 dengan rekaan bergaya! 06

Secara teknikal, Chery Omoda 5 dikuasakan oleh enjin petrol 1.6L turbo yang menghasilkan 197 PS dan 290 Nm tork. Versi hibrid plug-in (PHEV) dan EV juga mungkin akan diperkenalkan pada masa akan datang.

Chery Omoda 5 bakal menyusul ke Malaysia - 1.6L Turbo, pesaing X50 dengan rekaan bergaya! 07

Menariknya, ia banyak meminjam teknologi dari Jaguar Land Rover (JLR). Kalau anda nak tahu, Chery dianggap sebagai rakan niaga setempat untuk JLR di China. Malah, platform T1X JLR juga diguna untuk model seperti Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8. Tidak cukup dengan itu, ia turut dibangunkan bersama oleh JLR.

Baca: Rakyat Malaysia mungkin mengenali Geely, tetapi Chery ialah jenama kereta paling dipercayai di China

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Chery Omoda 5 C

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda