window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Chery Omoda 5 debut RHD pertama di Australia, spesifikasi ini yang bakal ke Malaysia?

Haris ยท Sep 13, 2022 03:00 PM

Chery Omoda 5 debut RHD pertama di Australia, spesifikasi ini yang bakal ke Malaysia? 01

Chery telah bersiap sedia untuk pelancaran Omoda 5 di pentas antarabangsa selama berbulan-bulan lamanya, dan kini tibalah masanya untuk pandangan pertama kabin dalaman Omoda 5 dengan stereng di sebelah kanan.

Imej acah yang dipaparkan ini telah dimuat naik di laman Facebook rasmi Chery Australia.

Chery Omoda 5 debut RHD pertama di Australia, spesifikasi ini yang bakal ke Malaysia? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beberapa gambaran perincian menawarkan kelengkapan yang menarik, antaranya stereng rata bahagian bawah, dwi skrin 10.25 inci yang diintegrasikan, serta pad pengecasan nirwayar untuk telefon pintar.

Selain itu, imej acah itu juga menunjukkan pencahayaan ambien 64 warna mirip jenama-jenama Continental. Pencahayaan ini boleh dipautkan ke mod pemanduan, membuka kunci/membuka pintu, suhu pendingin hawa, serta irama muzik untuk pengalaman yang lebih mengasyikkan.

Chery Omoda 5 debut RHD pertama di Australia, spesifikasi ini yang bakal ke Malaysia? 01

Sekiranya anda tidak tahu, Omoda 5 telah dicipta dengan mengambil kira pasaran antarabangsa. Malah sebelum SUV itu dilancarkan di China, Chery sudah pun mengumumkan hasratnya untuk memasarkan model tersebut ke luar negara.

Sebagai tambahan kepada rangkaian ADAS lengkap , SUV dalam pasaran pemanduan kanan juga akan dilengkapi dengan Driver Management System (DMS) yang akan mengesan keadaan pemandu dan membantu mengurangkan risiko yang disebabkan oleh keletihan.

Chery Omoda 5 debut RHD pertama di Australia, spesifikasi ini yang bakal ke Malaysia? 02

DMS menggunakan kamera HD dengan 2 juta piksel dan lampu dwi LED untuk memantau ekspresi muka pemandu dalam masa nyata.

Untuk mendapatkan perhatian pemandu, sistem akan mengeluarkan peringatan visual dan auditori yang tepat pada masanya pada tahap berbeza untuk memberi amaran kepada pemandu.

Baca: Chery mahu Malaysia tolong bangunkan Omoda 5 versi EV, katanya akan lawan Ora Good Cat

Chery Omoda 5 debut RHD pertama di Australia, spesifikasi ini yang bakal ke Malaysia? 03

Dilancarkan di China pada bulan Julai 2022, Omoda 5 telah bersedia untuk ke seluruh dunia. Nampaknya, Australia menjadi pasaran pemanduan kanan pertama yang akan membuat penampilan sulung SUV ini dalam pemanduan sebelah kanan. Hal ini kerana Chery Australia berharap untuk melancarkan SUV itu sebelum tahun ini berakhir.

Malaysia adalah salah satu negara yang telah disasarkan untuk pelancaran Omoda 5. Adakah ini bermakna, kita juga akan menerima spesifikasi yang sama? Nantikan kemaskini dari Wapcar.my.

Baca: 3 SUV baharu sah - Tiggo Pro dan Omoda 5 tersenarai dalam laman web rasmi Chery Malaysia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Chery Omoda 5 C

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda