window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz EQA 250 dilancar di Malaysia – RM 278k, 190 PS/370 Nm, jarak pandu 429 km

Faisal · Mar 10, 2022 11:13 AM

Mercedes-Benz EQA 250 dilancar di Malaysia – RM 278k, 190 PS/370 Nm, jarak pandu 429 km 01

  • Kereta elektrik (EV) pertama dari Mercedes-Benz Malaysia
  • Hanya satu varian – EQA 250
  • Mercedes paling murah di Malaysia untuk ADAS penuh (pemanduan autonomi Tahap 2)

Kereta elektrik (EV) pertama dari Mercedes-Benz Malaysia, iaitu Mercedes-Benz EQA baru sahaja dilancarkan sebentar tadi. Ia ditawarkan dengan varian EQA 250 yang berharga pada RM 278,201 (harga atas jalan, tanpa insurans, termasuk diskaun SST dan pengecualian cukai import, duti dan eksais, sah sehingga 31 Disember 2022).

Mercedes-Benz EQA 250 dilancar di Malaysia – RM 278k, 190 PS/370 Nm, jarak pandu 429 km 02

Model yang diimport dari Rastatt, Jerman ini dikuasakan oleh motor elektrik di hadapan yang menghasilkan 190 PS dan 375 Nm tork. Pecutan 0 – 100 km/j mengambil masa selama 8.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 160 km/j. Bateri berkapasiti 66.5 kWj yang dilengapkan pula boleh memandu EQA 250 sehingga 402 – 429 km.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz EQA 250 dilancar di Malaysia – RM 278k, 190 PS/370 Nm, jarak pandu 429 km 01

Secara teknikal, EQA 250 menggunakan penyambung (Combine Charging System) Combo 2 yang menyokong pengecasan AC dan DC. Untuk jenis AC 11 kW, ia mengambil masa hampir 6 jam untuk membuat 10 – 100%. Untuk pengecasan pantas DC 100 kW pula, pengecasan 10 – 80% boleh diselesaikan dalam masa 30 minit sahaja.

Eksterior

Mercedes-Benz EQA 250 dilancar di Malaysia – RM 278k, 190 PS/370 Nm, jarak pandu 429 km 02

Pada bahagian luar, EQA 250 menampilkan sentuhan berbeza dengan GLA yang mana ia memperlihatkan gril hitam bertutup penuh dan lampu LED melintang yang turut diterapkan pada bahagian lampu belakang.

Lampu hadapannya juga tampil unik dengan sentuhan warna biru.

Mercedes-Benz EQA 250 dilancar di Malaysia – RM 278k, 190 PS/370 Nm, jarak pandu 429 km 03

Rupa paras EQA 250 secara keseluruhan disempurnakan oleh roda aerodinamik 19 inci.

Sebagai sebuah EV yang sememangya tidak mengeluarkan bunyi, EQA mempunyai fungsi bunyi sekeliling akustik yang aktif di bawah 20 km/j supaya orang sekeliling peka dan perasan akan jentera ini.

Interior

Mercedes-Benz EQA 250 dilancar di Malaysia – RM 278k, 190 PS/370 Nm, jarak pandu 429 km 04

Secara standard, kabin EQA 250 lengkap dengan ciri seperti lampu ambient lighting 64 warna, tempat duduk sport, kamera undur, but belakang berkuasa, head-up display dan pengecas tanpa wayar.

Turut didatangkan adalah sistem infotainment MBUX dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Keselamatan

Mercedes-Benz EQA 250 dilancar di Malaysia – RM 278k, 190 PS/370 Nm, jarak pandu 429 km 05

Mercedes-Benz EQA 250 hadir dengan sistem bantuan keselamatan ADAS penuh Tahap 2 yang merangkumi ciri:

  • Active Distance Assist Distronic (ACC)
  • Extended automatic re-start in traffic jams
  • Active Lane Keeping Assist
  • Active Steering Assist
  • Active Blind Spot Assist
  • Active Brake Assist (AEB)
  • Parking Assist Parktronic

Mercedes-Benz EQA 250 dilancar di Malaysia – RM 278k, 190 PS/370 Nm, jarak pandu 429 km 06

Secara standard, pembeli ditawarkan dengan waranti 4 tahun tanpa had perbatuan. Untuk bateri sendiri, ia datang dengan jaminan 8 tahun / 160,000 km.

Untuk makluman anda, pelanggan boleh menambah pengecas wallbox yang dibawakan sekali oleh (EVC). Ia mempunyai jaminan 2 tahun.

Mercedes-Benz EQA 250 dilancar di Malaysia – RM 278k, 190 PS/370 Nm, jarak pandu 429 km 07

Secara amnya, pembeli EQA akan dapat langganan 1 tahun untuk JomCharge yang mana mereka boleh mengecas tanpa had dengan kadar 50% diskaun di kesemua pusat mengecas JomCharge. Apapun, tawaran ini terhad untuk 1,000 pelanggan pertama.

Mercedes-Benz Malaysia juga akan ada 13 pengecas pantas DC yang akan dipasang di kawasan strategik. Pemilik Mercedes EQ boleh menggunakan secara percuma sehingga akhir 2023.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mercedes-Benz EQA 250 AMG Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia