window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha MT-15 (2022) dah ada ABS, Y-Connect, tapi belum sampai Malaysia!

Khairil ยท Apr 13, 2022 06:00 PM

Yamaha MT-15 (2022) dah ada ABS, Y-Connect, tapi belum sampai Malaysia! 01

Motosikal 'Naked' aras mula popular, Yamaha MT-15 (2022) dilancar di India dan menariknya, ia mendapat pelbagai naik taraf seperti yang diharapkan ramai peminatnya di serata dunia termasuk di Malaysia.

Diberi nama Yamaha MT-15 V2.0, antara perubahan yang besar dilakukan Yamaha Motor India terhadap model berkenaan adalah penambahan ciri iaitu ia kini dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan sambungan telefon bimbit Y-Connect.

Juga baca: HLYM kemaskini pilihan warna Yamaha MT-15, tambah memikat!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha MT-15 (2022) dah ada ABS, Y-Connect, tapi belum sampai Malaysia! 01

Ice Fluo-Vermillion

Tidak seperti Yamaha MT-15 di pasaran Malaysia yang memang menggunakan suspensi depan fork jenis terbalik (USD), Yamaha MT-15 V2.0 di India begitupun baru saja menerima ciri itu.

Yamaha MT-15 (2022) dah ada ABS, Y-Connect, tapi belum sampai Malaysia! 02

Racing Blue

Tiada perubahan dari sudut reka bentuk tetapi penggunaan fork USD ini jelas menyerlahkan rupa bentuk model berkenaan secara keseluruhan dan selain membuatkannya nampak 'mahal', ia turut mempertingkatkan 'rasa sedap' ketika menunggang.

Dari sudut 'kosmetik', empat pilihan skema warna ditawarkan iaitu:

  • Racing Blue (kombinasi biru/hitam)
  • Ice Fluo-Vermillion (kombinasi putih/merah)
  • Metallic Black (hitam)
  • Cyan Storm (Kombinasi kelabu/hijau)

Juga baca: Giliran Vietnam dapat kemaskini warna bagi Yamaha MT-15 2021. Malaysia menyusul?

Yamaha MT-15 (2022) dah ada ABS, Y-Connect, tapi belum sampai Malaysia! 03

Cyan Storm

Dan untuk persoalan mengenai harga, Yamaha MT-15 V2.0 dijual pada angka 159,900 rupee (RM 8,888).

Yamaha MT-15 (2022) dah ada ABS, Y-Connect, tapi belum sampai Malaysia! 04

Metallic Black

Selain daripada penambahan ciri ABS dan fork (USD), peningkatan lain adalah sambungan Bluetooth ke telefon bimbit menerusi aplikasi Y-Connect yang membolehkan pemiliknya menerima panggilan telefon dan mengetahui informasi penting mengenai motosikal.

Juga baca: Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya!

Yamaha MT-15 (2022) dah ada ABS, Y-Connect, tapi belum sampai Malaysia! 05

Ciri-ciri menarik lain yang tersedia termasuklah klac Assist & slipper, 'engine cut off side stand', soket USB dan penggunaan lampu utama Bi-functional LED.

Tiada perubahan dari sudut trenkuasa. Yamaha MT-15 V2.0 kekal menggunakan enjin 155 cc, 1 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC dengan teknologi VVA dan digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Yamaha MT-15 (2022) dah ada ABS, Y-Connect, tapi belum sampai Malaysia! 06

Kuasa yang dihasilkan adalah 18.4 PS pada 10,000 rpm dan tork 14.1 Nm pada 7,500 rpm.

Yamaha MT-15 (2022) dah ada ABS, Y-Connect, tapi belum sampai Malaysia! 07

Di India, Yamaha MT-15 V2.0 bersaing dengan pelbagai model antaranya Suzuki Gixxer 150, Bajaj Pulsar NS125 dan KTM Duke 125.

Juga baca: Yamaha MT-15 2020 umum harga rasmi RM 11,988

Yamaha MT-15 (2022) dah ada ABS, Y-Connect, tapi belum sampai Malaysia! 08

Di pasaran Malaysia, Yamaha MT-15 diletakkan tanda harga RM 11,988 (asas) oleh Hong Leong Yamaha Motor ketika dilancarkan, tahun lalu bersama jaminan pengeluar selama 2 tahun atau jarak perbatuan sejauh 20,000 km.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda