20 kelibat Proton & Perodua di serata dunia, boleh timbul rasa patriotik walau di negara orang

Ingat lagi tak kisah Perodua Myvi generasi pertama di Scotland yang dijumpai oleh beberapa pelajar Malaysia? Mereka nampak bukan main teruja lagi kan? Begitulah semangat dan perasaan kita semua apabila terserempak dengan kereta jenama Proton atau Perodua sewaktu berada di luar negara.

1. Perodua Myvi 2007 generasi pertama 1.3 SXi Xtra di Yorkshire, England. Walaupun tayar depan macam tiada angin, kereta ini dilihat boleh bergerak tanpa sebarang isu.

2. Proton Satria Neo 2011 di Jakarta, Indonesia yang telah diubah suai. Selain lapisan lampu yang berwarna kuning, unit ini ada intake udara yang diolah dan pemiliknya menggunakan rim hitam Advan SA3.

3. Bagi anda yang belum tahu, Proton Wira Aeroback ada dijual di Chile tetapi menggunakan nama Proton Natura. Di atas adalah Proton Natura 1997 1.6 GLXi versi pandu belah kiri (LHD) di Islam De Maipo, Santiago, Chile. Unit ini nampaknya diubah suai sedikit.

Juga bacaMengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Wira pada Mei 1993, 28 tahun yang lalu!

4. Walaupun jualannya tidak banyak, naluri komersial yang diberi pada Proton Arena membuatkan harganya sukar untuk susut. Menariknya, Arena yang dikategorikan sebagai ‘ute’ (trak pikap) di Australia bukan main laku lagi. Ia dijual di sana sebagai Proton Jumbuck dan di atas adalah Jumbuck 1.5 GLi yang dijumpai di Adelaide, Australia.

Juga bacaSejarah Proton Arena - pikap pertama buatan Malaysia

5. Antara Proton yang paling mengghairahkan iaitu Putra turut dijual di Rusia sebagai Proton 218 Coupé 1.8 GLXi versi LHD. Unit ini dijumpai di Republic of Bashkortostan, Rusia.

Juga bacaProton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung

6. Proton kegemaran jejaka muda, Satria GTI 1.8 di luar negara pasti memberikan tamparan yang hebat buat pasaran hothatch mereka. Unit ini dijumpai di Sydney, Australia.

Juga bacaProton Satria GTI dipandu penagih dadah di Taiwan ini cuba lari dari polis guna jalan sempit, tapi…

7. Kali ini pula adalah Perodua Alza 1.5 Advanced Version 2014-2018 di New Delhi, India dan ia dilihat sebagai kereta polis. Kami tidak pasti larat ke tak MPV ini nak kejar orang jahat tetapi sekurang-kurangya ia boleh memuatkan lagi ramai malaun.

8. Yang ini agak mengejutkan tetapi menurut kapsyen di Instagram, natang ini adalah Perodua Kancil / Daihatsu Ceria EZi850 Estate di Bogor, Indonesia.

Juga bacaMengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh!

9. Walaupun Proton Satria Cabriolet di Malaysia hanya setakat konsep, Proton 300-series / Satria Bicolor versi LHD di Frankfurt, Jerman dengan bumbung suria soft top ini pasti dapat ubat kececewaan hati peminat.

Juga bacaProton Satria Cabriolet muncul semula, besi buruk atau koleksi?

10. Ini pula Proton Saga FLX 2011 1.3 Executive yang nampak begitu terjaga. Ia dijumpai di Bangkok, Thailand.

11. Perodua Kancil generasi pertama juga turut diimport ke Edinburgh, Scotland dan memakai nama Perodua Nippa.

12. Intipan ini pula berupa MPV Proton Exora yang dimanfaatkan lagi. Varian Bold 1.6 CFE GXR ini telah diubah suai dengan akses kerusi roda. Ia dijumpai di pusat servis kereta di Melbourne, Australia.

13. Tadi sudah ada Proton Saga tapi yang ini betul-betul kondisi kilang. Proton Saga Saloon 1992 1.5 SE (Special Edition) ini diintip sekitar Hereford, UK dan ia masih memakai penutup roda yang asal.

Juga bacaProton Saga Black Knight ini ditayang megah di pentas kota London, milik ‘collector’ tegar di UK!

14. Harga Perodua Kelisa di Malaysia macam tidak menurun langsung. Perodua Kelisa 2005 1.0 EX ini dijumpai dekat sebuah pengedar kereta terpakai di Yorkshire, UK.

Juga bacaPerodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan!

15 ‘King’ juga ada di luar negara dan ini adalah Perodua Myvi 2010 1.3 EZi di Surrey, UK.

16. Di UK, Proton Putra dijual menggunakan nama Persona Coupé. Intipan ini adalah di Hyde, England tetapi selain tayar yang pancit, kondisinya nampak terjaga.

17. Perodua Kembara 2001 kini antara kereta yang dicari semula kerana ia jentera paling murah untuk pergi memandu offroad. Sekali pandang, unit yang dijumpai di Krasnodar Krai, Rusia ini dilihat begitu lasak.

Juga bacaPerodua Nautica – Apa cerita dengan pengganti Perodua Kembara ini?

18. Ini pula Proton Satria Neo dengan kosmetik dan pelekat bunga Sakura di Itasha, Jepun.

19. Sukan motor di negara kita juga ada kereta-kereta Saga Cup yang menjadi idaman pelumba jalanan tetapi Proton Saga Saloon MPi 1991 1.3 GLS di East Sussex, UK ini macam dah jahanam teruk.

Juga bacaMengimbau kenangan: Pelancaran Proton Saga Iswara – 15 Ogos 1992, 29 tahun lalu!

20. Yang terakhir ini agak unik di mana sebuah Proton Saga Saloon 1989 1.3 di UK ini muncul dalam filem James Bond “Tomorrow Never Dies”. Tak percaya? Tengok minit 3.28 dalam video di bawah:

    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Perodua Axia

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for β€˜Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and β€˜Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. β€œOur momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model