window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Terkejut jumpa ‘King’, pelajar Malaysia terserempak Perodua Myvi di Scotland!

Mersita · Nov 18, 2021 10:00 AM

Terkejut jumpa ‘King’, pelajar Malaysia terserempak Perodua Myvi di Scotland! 01

Siapa tak kenal Perodua Myvi, ‘King of Malaysian Road’? Nama gelaran ini cukup popular di kalangan warga Malaysia sampaikan kelibat Myvi amat mudah dikenali di mana saja ia berada di serata dunia. Itulah yang terjadi apabila sekumpulan pelajar Malaysia di Scotland terlihat sebuah Perodua Myvi generasi pertama diparkir di bahu jalan di Edinburgh baru-baru ini.

Penemuan itu nyata mengujakan kumpulan pelajar berkenaan dan ada juga yang menganggap ia sebagai satu insiden yang membuatkan mereka rindu akan tanah air tercinta. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Myvi berwarna hijau cair itu.

Terkejut jumpa ‘King’, pelajar Malaysia terserempak Perodua Myvi di Scotland! 02

Kredit: Facebook

Gambar mereka bersama ‘king’ jalan raya Malaysia yang tiba-tiba ditemui ‘sesat’ di Edinburgh, Scotland itu dimuatnaik oleh pengguna Facebook, Mahziah Ramly, ke grup ‘Myvi Club Malaysia (Official)’ mula tular di media sosial.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Anak saya yang study di Edinburgh hantar gambar ni. Seronok katanya hilang rindu pada kereta Myvinya berwarna biru di Malaysia bila lihat ada Myvi ni di Scotland,” nukilnya di ruang kapsyen.

Terkejut jumpa ‘King’, pelajar Malaysia terserempak Perodua Myvi di Scotland! 01

Ruang dalaman Perodua Myvi eksport UK. Kredit foto: Auto Express

Untuk makluman, Perodua pernah mengeksport beberapa model mereka ke United Kingdom, termasuklah Myvi, Kelisa, Kenari, dan Nippa (Kancil) pada sekitar tahun 90-an sehinggalah awal 2000. Sebelum eksportnya ditamatkan, Perodua Myvi dengan kotak gear manual 5 kelajuan dijual di sana pada harga £ 7,799 (~RM 43,823).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda