Jaga-jaga samseng jalanan, "King" Perodua Myvi dilihat jadi kenderaan peronda Polis!

Haris · Aug 11, 2022 11:00 AM

Jaga-jaga samseng jalanan,

  • Tidak disahkan oleh PDRM atau Perodua
  • Mungkin model penilaian atau cadangan, bukan unit aktif
  • Model lama, warna juga tidak menepati standard PDRM

Beberapa buah Perodua Myvi tular di laman sosial apabila dilihat mengenakan seragam livery PDRM yang kelihatan sah. Identiti model ini masih lagi misteri kerana model Perodua Myvi yang digunakan adalah model lama pra-facelift dan bukannya model facelift. 

Jaga-jaga samseng jalanan,

Dalam satu hantaran daripada laman Facebook SMOE, Perodua Myvi dengan seragam tersebut didakwa adalah hasil inisiatif CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) di antara Perodua dengan PDRM namun perkara ini juga tidak diumumkan oleh mana-mana saluran rasmi Perodua.

Model Perodua Myvi ini juga didakwa akan digunakan sebagai unit kenderaan peronda ringan untuk beberapa balai polis daerah yang terpilih.

Jaga-jaga samseng jalanan,

SM Offroad And Outdoor Equipment merupakan syarikat yang membekal lampu strob palang dan sistem siren. Komponen ini juga dikatakan merupakan sumbangan AHM Biz Venture, rakan kerjasama untuk Perodua.

Di samping itu, rujukan sebelum ini mendapati mana-mana model yang digunakan oleh pihak polis akan mengenakan warna putih malah belum pernah warna selain putih digunakan dalam tugas rasmi pihak berkuasa itu.

Jaga-jaga samseng jalanan,

Berdasarkan gambar, Perodua Myvi yang dipilih merupakan varian AV. Varian teratas ini dikuasakan oleh enjin 1.5L aspirasi semulajadi 2NR-VE petrol (103 PS137 Nm) dengan transmisi automatik 4-kelajuan. Model ini juga dilihat mempunyai kamera binokular yang bermakna ia mungkin siap dengan sistem keselamatan ADAS Perodua A.S.A.

Jaga-jaga samseng jalanan,

Sebanyak 5 unit Perodua Myvi Peronda Polis yang dilaporkan tersedia setakat ini. Spekulasi mengenai model ini juga boleh jadi ia merupakan model prototaip atau bukan untuk kegunaan rasmi ataupun hanya sekadar model penilaian.

Sebelum ini, terdapat beberapa model mewah yang pernah dilihat mengenakan seragam polis iaitu sedan BMW M3 Competition dan SUV Volkswagen Tiguan. Model tersebut telah disahkan digunakan sebagai model penilaian oleh PDRM.

Baca: Spekulasi: Gambar BMW M3 G80 dengan seragam polis tular di media sosial!

Jaga-jaga samseng jalanan,

Walaubagaimanapun, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak polis yang mengesahkan penggunaan Perodua Myvi ini sebagai LPV (Light Patrol Vehicle) untuk kegunaan PDRM. Artikel akan dikemaskini sekiranya terdapat sebarang pengesahan atau penafian. 

Baca: Adakah ini 4 kereta polis Malaysia yang terbaik?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru